Abdul-Majid bin Abdul-Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Putera Abdul-Majid bin Abdul-Aziz (Arab: عبد المجيد بن عبدالعزيز آل سعود, 1943[1]5 Mei 2007) merupakan gabenor Makkah sejak 2000 sehingga kematiannya pada 2007.[2] Sebelum ini beliau merupakan gabenor kota suci Madinah sejak 1985 apabila diangkat oleh abang tirinya Raja Fahd.[3]

Beliau adalah adik tiri Raja Arab Saudi kini, Raja Abdullah. Beliau dilahirkan di Riyadh, dan merupakan anak lelaki ke-33 Raja Abdul Aziz Al Sa'ud. Ibunya Haya bint Sa'ad al-Sudairy, isteri kesepuluh baginda.[4]

Abdul-Majid menghidap leukaemia di akhir hanyatnya. Beliau meninggal di Amerika Syarikat setelah kembali ke sana untuk menjalani pembedahan lanjutan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku Robert Lacey menyebutkan dia lahir pada 1940, tetapi siaran akhbar Arab Saudi menyatakan beliau berusia 65 semasa meninggal.
  2. ^ Associated Press (7 Mei 2007). Prince Abdul-Majid, Governor of Mecca, Dies at 65.
  3. ^ Lacey, Robert (1982). The Kingdom: Arabia and the House of Sa'ud. Avon Books, ISBN 978-0-380-61762-3
  4. ^ a b [Obituary], The Times, 21 Mei 2007

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.