Abdul Hamid Bidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jeneral (B) Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin [1] [2] (1 Julai 1918 – 1995) merupakanPanglima Angkatan Pertahanan Malaysia yang ke-4. Beliau telah dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau Rompin, Pahang .

Beliau memulakan penglibatannya dalam tentera pada 1 Ogos 1939 apabila beliau menjalani latihan rekrut selama 6 bulan di Port Dickson. Jeneral Abdul Hamid menjadi orang tempatan pertama menjadi ADC (pengiring) Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Beliau juga diberi penghormatan untuk memerintah Briged Ketiga di Congo dalam Pasukan Pengaman PBB dari 10 Mac 1961 hingga 28 Mac 1962. Selepas itu, Jeneral Abdul Hamid dinaikkan pangkat sebagai Mejar Jeneral dan memegang jawatan Panglima Tentera Darat. Beliau kemudiannya dinaikkan semula menjadi Leftenan Jeneral (7 Julai 1966) dan akhirnya Jeneral (1 Julai 1968). Beliau dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 25 November 1969.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jeneral (B) Tan Sri Abdul Hamid Bidin (1056)".
  2. ^ "Tentera Darat Malaysia - Senarai PTD". army.mil.my.