Abdul Rani Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dr.
 Haji Abdul Rani bin Osman
Abdul Rani Osman

Dr. Haji Abdul Rani bin Osman memberi ucapan


Ahli DUN
untuk N42 Meru, Selangor
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh Datuk Jaei Ismail (BN-UMNO)
Majoriti 5,513

Tempat lahir Pelabuhan Klang
Parti politik PAS logo.svg PAS
Tempat tinggal Persiaran Hamzah Alang, Kapar, Selangor
Pekerjaan Ahli politik, doktor
Agama Islam
Laman web Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru

YB Dr. Haji Abdul Rani bin Osman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi DUN N42 Meru, Selangor. Di peringkat akar umbi beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor sehinggalah pada Jun 2011 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menggantikan YB Datuk Dr. Hasan Mohd Ali.[1]

Isi kandungan

[sunting] Pilihan Raya Umum 2008

Pada pilihan raya umum yang lepas, beliau telah bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melawan calon dari Barisan Nasional (BN) Md. Ghazali Md Amin. Keputusan pilihan raya tersebut telah memihak kepada beliau :-

  • Dr. Abdul Rani Osman (PAS) (14,826)
  • Md. Ghazali Md. Amin (BN) (9,313)
  • Majoriti : (5,513)
  • Jumlah Undi : (24,478)
  • Peratus Mengundi : (82.29%)
  • Undi Rosak : (339)

[sunting] Kerjaya

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. Beliau yang berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir telah membuka klinik tersebut semenjak sekian lamanya dan bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.

Perkhidmatan yang beliau sumbangkan amat dirasai dan dihargai penduduk Meru. Kini, klinik beliau diselia oleh beberapa orang doktor gantian dan pelatih justeru beliau kini merupakan seorang wakil rakyat.

[sunting] Mesra rakyat

Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.

Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agam dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.

[sunting] Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Selangor: N42 Meru[2]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
2008 Abd Rani Osman (PAS) 14,826 78% Md Ghazali Md Amin (UMNO) 9,313 32%

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan