Abdullah bin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah bin Ahmad
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Kemumin
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKerusi diwujudkan
Digantikan oleh Umar Ibrahim
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1964–1977
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Kota Bharu Utara
Dalam jawatan
1959–1974
Didahului olehKerusi diwujudkan
Digantikan olehKerusi dibubarkan

Abdullah bin Ahmad ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan salah seorang anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) terawal. Beliau menjadi ADUN di DUN Kota Bharu Utara sejak 1959 hingga 1974. Kemudian beliau menjadi ADUN di DUN Kemumin menggunakan tiket Barisan Nasional mewakili PAS pada 1974 hingga 1978.

Semasa menjadi ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dari 1964 hingga DUN Kelantan dibubarkan dalam Darurat Kelantan, pada 1977.

Rujukan[sunting | sunting sumber]