Abdullah ibn Rawahah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdullah ibn Rawahah (Arab: عبدالله ابن رواحة) merupakan seorang pemuda golongan Ansar dari suku kaum Khazraj. Nama penuh beliau adalah Abdullah ibn Rawahah ibn Tha'labah.

Jasa dan perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Beliau memeluk Islam bersama dua belas orang penduduk Madinah sebelum terjadinya peristiwa Hijrah dan atas jasanya juga, Islam lebih cepat tersebar di kawasan Madinah.

Kerana ketokohannya dalam usaha menegakkan Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W melantik beliau sebagai panglima perang ketiga selepas Zaid ibn Harithah dan Ja'afar ibn Abi Thalib untuk menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Mu'tah.

Dalam pertempuran yang berlaku di daerah Mu'tah, beliau terkorban syahid selepas menggantikan Ja'afar. Tugas beliau kemudiannya diambil-alih oleh seorang yang berpengalaman luas dalam strategi teknikal dan taktikal peperangan iaitu Khalid bin al-Walid