Abikoesno Tjokrosoejoso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abikoesno Tjokrosoejoso

Abikoesno Tjokrosoejoso, sering dieja sebagai Abikusno Tjokrosujoso (1897 - 1968), ialah Menteri Perhubungan dan Menteri Kerja Raya pertama Republik Indonesia. Adik kepada Oemar Said Tjokroaminoto, ketua Sarekat Islam yang pertama, beliau mewarisi jawatan ketua Parti Syarikat Islam Indonesia (PSII) selepas kematian abangnya pada 17 Disember 1934. [1]

Bersama-sama dengan Hoesni Thamrin, dan Amir Sjarifoeddin, Tjokrosujoso membentuk Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPKI), [2] sebuah barisan bersatu yang terdiri daripada semua parti politik, kumpulan, dan pertubuhan sosial. Barisan tersebut kemudian menawarkan pihak berkuasa Belanda kerahan penuh penduduk Indonesia untuk mempertahankan Hindia Belanda daripada serangan Jepun yang mungkin. Sebagai pertukaran, mereka meminta hak untuk menubuhkan sebuah parlimen di bawah kedaulatan Ratu Belanda melalui pilihan raya. [3]

Pada zaman pendudukan Jepun, Tjokrosoejoso merupakan tokoh yang utama dalam pertubuhan-pertubuhan Hookookai, Tyuuoo Sangi-In, Barisan Pelopor, dan Masjumi. [4] Beliau kemudian menjadi salah satu penandatangan Piagam Jakarta pada tahun 1945. Selain daripada merupakan menteri di dalam Kabinet Presiden, kabinet Republik Indonesia yang pertama, Tjokrosoejoso kemudian juga merupakan penasihat kepada Biro Kerja Raya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laman web Answer.com : Tjokroaminoto
  2. ^ "Kedutaan Indonesia di Bangkok, Thailand". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-23. Dicapai pada 2007-04-24.
  3. ^ "Pragmatik untuk Memperjuangkan Demokrasi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-12-16. Dicapai pada 2007-04-24.
  4. ^ "Masalah Beras: Sidang ke-4 Sanyo Kaigi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-22. Dicapai pada 2006-09-22.