Abrahah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abrahah (Bahasa Arab: اﺑﺮاﺣﻪ‎), juag dikenali sebagai 'Abrahah al-Ashram (أبرهة الأشرم) ialah seorang wizurai Kristian di selatan Semenanjung Arab dan kemudian Raja Saba' (Yaman) pada zaman pra kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Menyaingi Kaabah[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarawan Islam awal seperti Ibnu Ishaq, Abrahah yang merupakan Gabenor Yaman yang berasal dari Habsyah sekarang, membangunkan sebuah gereja yang besar di Sana'a yang dkemali sebagai "Al-Qulais", dengan tujuan memikat bangsa Arab jahiliah dari terus mengunjungi Kaabah di Makkah. Gereja ini menjadi terkenal dan Abrahah cuba memikat penziarah Kaabah untuk menziarahi gerejanya. Salah seorang anggota suku Quraisy sangat marah akan hal ini dan ia pergi ke Sana'a, dan seterusnya ke gereja tersebut pada malam hari dan mengotorinya.

Abrahah kemudian mengeluarkan perintah ekspedisi penyerangan terhadap Makkah, dipimpin oleh seekor gajah (ada kemungkinan juga terdapat gajah lain) untuk menghancurkan Kaabah. Beberapa suku Arab menghadang pasukan Abrahah, tetapi dapat dikalahkan.

Seketika tentera bergajah Abrahah berada dekat dengan Makkah, Abrahah mengirim utusan yang mengatakan kepada penduduk Kota Makkah bahawa mereka tidak akan bertempur dengan mereka jika mereka tidak menghalangi penghancuran Kaabah. Abdul Muthalib, kepala suku Quraisy, mengatakan bahawa ia akan mempertahankan hak-hak miliknya, tetapi Tuhan akan mempertahankan rumah-Nya yakni Kaabah, dan ia mundur ke luar kota dengan penduduk Mekkah yang lain.

Hari berikutnya, ketika Abrahah bersiap untuk masuk ke dalam kota Makkah, maka terlihatnya burung-burung (Ababil) yang membawa batu-batu kecil lagi berapi (diriwayatkan batu-batu itu berasal dari neraka jahannam) dan melemparkannya ke pasukan Abrahah; setiap orang yang terkena pasti terbunuh, yang lain lari dengan penuh rasa kecemasan dan Abrahah sendiri pun turut cedera parah dan mati akhirnya dalam peristiwa itu.

Peristiwa ini telah berlaku pada sekitar tahun 570-571 Masihi. Namun, tahun tersebut lebih dikenali sebagai Tahun Gajah. Peristiwa serangan tentera bergajah ini turut diceritakan Allah dalam al-Quran dalam Surah Al-Fiil.

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)". (Surah Al-Fil: ayat 1-5)