Adenoma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Adenoma ialah suatu unjuran/ketumbuhan daripada struktur asinus dan duktus pada kelenjar. Pembentukan unjuran atau tubul terhasil akibat proliferasi sel yang berlaku pada epitelium kelenjar. Adenoma mudah terpisah secara sempurna daripada kelenjar induk, membentuk suatu struktur berasingan dan pembentukannya.

Pembentukan tunas pada tisu epitelium perantara yang bersebelahan pula akan menghasilkan asinus yang baru dan terasing sama sekali daripada asinus induk. Dalam keadaan tertentu, bentuk sis ditemui dan dikenali sebagai sistadenoma yang boleh mencapai saiz yang agak luar biasa. Contohnya adalah pada ovari yang berperanan mengeluarkan mukus.

Adenoma biasanya tidak begitu berbahaya, namun sesetengahnya berpotensi menjadi barah.