Adolf Lu Hitler Marak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Adolf Lu Hitler R. Marak merupakan seorang ahli politik di negeri Meghalaya, India.

Beliau seorang ahli Parti Kongres Nasionalis. Beliau pernha menjawat sebagai Menteri Kehutanan dan Alam Sekitar dalam kerajaan E.K. Mawlong dan selepas itu menjadi Menteri Kerjasama di bawah F.A. Khonglam.

Beliau gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negerinya dalam pilihanraya Februari 2003.

Pada 27 Jun 2003, beliau ditahan dengan tuduhan berhubungan dengan kumpulan ketenteraan haram Majlis Sukarelawan Nasional Achik [1]. Beliau diikat jamin selepas kira-kira sebulan.

Di Meghalaya bukan saja namanya yang luar biasa, kerana terdapat juga ahli politik lain yang bernama Lenin R. Marak, Stalin L. Nangmin, Frankenstein W. Momin, dan Tony Curtis Lyngdoh. Hitler Marak memberitahu Hindustan Times: "Mungkin ibu bapa saya sukakan nama ini dan menamakan saya Hitler... Saya berasa gembira dengan nama saya, meskipun saya tiada ada apa-apa kecenderungan diktatorial."

Rujukan [sunting]


Pautan luar [sunting]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.