Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral atau (bahasa Inggeris: Multilateral Investment Guarantee Agency, MIGA) merupakan sebuah ahli Kumpulan Bank Dunia. Ia telah ditubuhkan untuk mempromosikan pelaburan langsung luar negara ke dalam negara membangun. MIGA telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan modal asas sebanyak $1 bilion dan ia beribupejabat di Washington, D.C.

MIGA mempromosikan pelaburan langsung asing ke dalam negara membangun dengan menginsuranskan pelabur terhadap risiko politik, menasihatkan kerajaan-kerajaan mengenai penarikan pelaburan, berkongsi maklumat menerusi perkhidmatan pelaburan dalam talian, dan menjadi pengantara pertelingkahan di antara para pelabur dan kerajaan. Kekuatan MIGA dibandingkan dengan pembekal swasta bagi insurans risiko politik adalah ia merupakan ahli kepada kumpulan Bank Dunia, yang mana membenarkan ia campur tangan dengan kerajaan tuan rumah untuk menyelesaikan tuntutan sebelum mereka difailkan.

Perniagaan MIGA[sunting | sunting sumber]

MIGA memberikan jaminan terhadap risiko-risimo bukan komersil untuk melindungi pelaburan merentas sempadan di dalam negara-negara ahli membangun. Jaminan-jaminan untuk melindungi pelabur-pelabur terhadap risiko-risiko Kawalan Perpindahan, risks to protect cross-border investment in developing member countries. Transfer Restriction, ekspropriasi, peperangan dan gangguan awam serta perlanggaran kontrak di antara pelabur/projek syarikat dan pihak berkuasa negara tuan rumah). Semuanya rangkuman boleh dibayar secara individu atau di dalam kombinasi.

MIGA boleh merangkumi pelaburan baru. Ini semuanya termasuklah:

  • baru, pelaburan-pelaburan greenfield;
  • sumbangan-sumbangan pelaburan baru yang dikaitkan dengan pengembangan, modernisasi, atau penstruktuan kewangan projek-projek yang sedia ada; dan
  • pemerolehan yang melibatkan penswastaan syaikat-syarikat negara.

Tidak seperti penginsuran lain, MIGA disokong oleh Kumpulan Bank Dunia dan 175 negara-negara keahlian.

Izumi Kobayashi menyertai MIGA sebagai Naib Presiden Eksekutif pada November 24, 2008. James Bond mengisi kedudukan Ketua Pegawai Operasi; Peter D. Cleary merupakan Ketua Penasihat; Kevin Lu merupakan Ketua Pegawai Kewangan; Frank Lysy merupakan Ketua Ekonomi; dan Edie Quintrell merupakan Pengarah Operasi.

MIGA mengeluarkan $2.1 bilion jaminan pelaburan baru pada tahun fiskal 2008, satu rekod baru.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]