Air minuman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Air minuman merujuk kepada air yang selamat untuk diminum atau digunakan dalam penyediaan makanan. Jumlah isi padu air yang diperlukan oleh setiap individu adalah pelbagai, dan ini bergantung kepada tahap jasmani, umur, keadaan kesihatan dan persekitaran.[1][2] Bagi mereka yang bekerja di persekitaran panas, sebanyak-banyaknya 16 liter (4.2 US gal) sehari mungkin diperlukan.[1] Di negara-negara maju, air paip lazimnya memenuhi piawaian kualiti air walaupun sedikit saja yang digunakan sebagai minuman atau dalam penyediaan makanan. Selain itu, apir paip juga digunakan dalam aktiviti membasuh, kegunaan tandas serta perairan tanaman. Walaupun begitu, kegunaan air paip bagi tujuan perairan mungkin memiliki risiko-risiko tersendiri.[3]

Secara global, setakat 2015, 89% populasi manusia memiliki akses kepada air yang selamat diminum, atau dipanggil "sumber air ditambah baik".[3] Di Afrika Sub-Sahara, akses kepada air minuman adalah daripada 40% hingga 80%, bergantung kepada populasi. Hampir 4.2 bilion orang seluruh dunia memiliki akses kepada air paip sementara 2.4 bilion orang lagi memiliki akses kepada telaga dan air paip awam.[3] Air minuman yang selamat diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai satu hak asasi manusia.

Kira-kira 1 ke 2 bilion orang tiada akses kepada air minuman yang selamat.[4] Menurut Ban Ki-moon pada 2010, lebih banyak manusia maut akibat air yang tidak selamat daripada jumlah korban perang.[5] Negara-negara dunia ketiga adalah yang paling terkesan dalam isu ketiadaan sumber air, banjir serta kualiti air. Sehingga 80% penyakit di negara-negara membangun terjadi akibat kekurangan air bersih serta taraf kesihatan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ann C. Grandjean (August 2004). "3" (PDF). Water Requirements, Impinging Factors, & Recommended Intakes. World Health Organization. m/s. 25–34. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2016-02-22.
  2. ^ Exposure Factors Handbook: 2011 Edition (PDF). National Center for Environmental Assessment. September 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015. Dicapai pada 24 May 2015.
  3. ^ a b c "Water Fact sheet N°391". July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2015. Dicapai pada 24 May 2015.
  4. ^ "Drinking-water". World Health Organization. March 2018. Dicapai pada 23 March 2018.
  5. ^ "Unsafe water kills more people than war, Ban says on World Day". UN News. 22 March 2010. Dicapai pada 10 May 2018.
  6. ^ Canada, Global Affairs (2017-06-12). "Water in developing countries". GAC. Dicapai pada 2021-10-04.