Akta Teleperubatan 1997

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akta Teleperubatan 1997 ialah satu akta Malaysia bagi pengawalseliaan dan pengawalan amalan teleperubatan; dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini merupakan salah satu daripada enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Akta ini masih belum berkuatkuasa, dan bergantung kepada budi bicara Menteri Kesihatan.

Kandungan akta[sunting | sunting sumber]

Secara ringkasnya, pegawai perubatan kini boleh merawat pesakit dari jauh. Pemantauan boleh dilakukan dari mana saja. Perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perundingan kepada pesakit individu, serta penyampaian maklumat tentang penjagaan kesihatan melepasi suatu jarak tertentu, dengan menggunakan teknologi telekomunikasi. Hospital Putrajaya adalah antara hospital kerajaan pertama mengamalkan pendekatan berelektronik. Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) membolehkan proses rujukan kes pesakit dilakukan di mana saja pesakit mendapatkan rawatan. Selain Hospital Putrajaya, beberapa hospital baru lain terbabit dengan pelaksanaan inisiatif ini termasuk Hospital Serdang, Ampang, Sungai Buloh dan Hospital Selayang.

Seksyen 3(1):

(a) pengamal perubatan penuh – ada perakuan teleperubatan.
(b) pengamal perubatan luar negara – ada perakuan teleperubatan Majlis Perubatan Malaysia, ada perakuan teleperubatan yang sah
  • Kuasa kelulusan mengamalkan teleperubatan Ketua Pengarah Perubatan Malaysia.
  • Jika langgar seksyen 3(1) ini boleh sabit kesalahan – denda <RM 500,000 @ penjara < 5 tahun @ keduanya.

Seksyen (4) perakuan mengamalkan teleperubatan:

  • Majlis perubatan – keluarkan perakuan bertulis, boleh tarik balik bila-bila masa, pengamal boleh rayu kepada menteri.

Seksyen (5) persetujuan pesakit

(1) sebelum mengamalkan teleperubatan perlu dapat persetujuan bertulis drp pesakit.
(2) persetujuan tak sah sebelum maklumkan pada pesakit – hak, risiko, perlindungan kerahsiaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]