Al-Waleed bin Talal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 24°39′09″N 46°36′11″W / 24.652463°U 46.603076°B / 24.652463; -46.603076Majalah Forbes[1] yang tersohor dengan senaraian jutawan-jutawan dunia telah mengiktiraf dan meletakkan nama Putera al Waleed Talal yang berusia 52 tahun (7 March 1955) adalah sebagai individu ketiga belas terkaya dunia dengan nilai aset melebihi USDS20.3 bilion pada tahun 2007. Berdasarkan harta kekayaan yang dimilikinya, Putera al Waleed digelar 'Arabian Warrent Buffet' oleh Majalah Time. [2]

Al-Waleed bin Talal

Sejarah perniagaan[sunting | sunting sumber]

Putera al Waleed memulakan aktiviti perniagaannya sebaik saja tamat belajar dari Kolej Menlo, California [3]. Peringkat awainya beliau banyak terlibat sebagai broker kepada entiti perniagaan antarabangsa yang mahu menjaring perniagaan dengan syarikat-syarikat di bumi Arab Saudi. Selepas itu beliau mula melabur dalam sektor hartanah dan menjadi pelabur utama dalam industri perbankan Arab Saudi. Kebanyakan pelaburannya dibuat ke atas syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan dan sememangnya Putera al Waleed memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam melihat syarikatyang dilaburnya kembali pulih. Malah ada yang menjangkau lebih satu dekad untuk membuat keuntungan.

Ini termasuklah konglomerat tersohor dunia, Citicorp di mana beliau merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu. Putera al Waleed turut memegang sejumlah besar saham dalam syarikat AOL, Apple Computer, Worldcom, Motorola dan News Corporation Ltd. Demikian juga dalam sektor perhotelan di mana beliau memiliki beberapa ragkaian hotel terkemuka termasuk Hotel Four Seasons, Hotel Plaza (New York), Savoy Hotel (London), Monte Carlo Grand Hotel dan banyak lagi.

Liberalisme[sunting | sunting sumber]

Kejayaan perniagaannya boleh dilihat kepada sikapnya yang begitu liberal sebagaimana ideologinya terhadap dunia politik. Misalnya beliau antara kerabat di Raja Arab Saudi yang begitu lantang menyaran diadakan pilihanraya di negaranya. Beliau turut terkenal dengan kelantangan memperjuangkan hak-hak wanita di Arab Saudi. Dalam perniagaan, beliau tidak melihat agama atau bangsa sebagai halangan. Misalnya dalam syarikat Citicorp. Meskipun beliau merupakan pemegang terbesar saham syarikat itu, namun presidennya beragama Yahudi. Demikian juga pelaburan pembangunan yang dilakukan di bumi Palestin dan Tebing Barat.

Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Peristiwa 11 September 2001 tidak sedikit pun menjejaskan hubungannya dengan Amerika Syarikat. Meskipun pihak rejim Bush melancarkan kempen besar-besaran menentang keganasan yang katanya dimulakan oleh umat Islam. Malah Putera al Waleed melakukan lebih banyak kegiatan murni dalam membebaskan tanggapan Barat terhadap masyarakat Islam khususnya Timur Tengah.

Dermawan[sunting | sunting sumber]

Putera al Waleed juga terkenal sebagai seorang yang dermawan. Ini terbukti melalui aktiviti pendermaan yang dilakukan di serata dunia termasuk Timur Tengah, Asia dan Afrika. Pada bulan Disember 2005, beliau telah menderma sebanyak USDS20 juta [4] kepada Universiti Harvard bagi membiayai pengajian Islam di sana.

Meskipun Arab Saudi mengamalkan sistem pentadbiran bermonarki, namun Putera al Waleed tidak tergolong dalam barisan eksekutif pemerintahan 'House of Saud' [5] . Hal ini dilakukan kerana minatnya lebih mendalam terhadap dunia perniagaan. Akhir-akhir ini beliau dilihat begitu aktif dalam kegiatan politik Lubnan (melalui kewarganegaraan ibunya, Mona Elsoulh, anak Perdana Menteri pertama Lubnan). Beliau merupakan orang kuat Presiden Emile Lahoud. Namun usahanya untuk menjadi ketua komuniti Sunni Lubnan masih tidak menampakkan kejayaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]