Alam Damai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam Damai
Penempatan
Bendera Alam Damai
Mohor rasmi Alam Damai
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Negara Malaysia
NegeriWilayah Persekutuan
Daerah Kuala Lumpur
MukimCheras
Perbandaran ("township")Alam Damai
Keluasan
 • Jumlah2.47 batu persegi (6.41 km2)
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
56000
Kod kawasan+6-03-
Laman sesawangAlam Damai Pre-Launch Project
Lokasi Google

Alam Damai merupakan sebuah kawasan perumahan terancang yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan. Ia terletak di antara Taman Connaught, Bandar Tasik Selatan dan Bandar Tun Razak. Alam Damai terletak berhampiran dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), UCSI dan Leissure Mall. Stesen MRT Taman Connaught yang terletak di Cheras Sentral mula beroperasi pada tahun 2017. Alam Damai memiliki dua belas fasa: Damai Jaya, Damai Rasa, Damai Kasih, Damai Murni, Damai Budi, Damai Bakti, Damai Citra, Damai Bestari, Damai Impian, Desa Damai, Damai Puspa dan Damai Jasa..[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Alam Damai telah dilancarkan oleh SPPK di mukim Cheras, daerah Petaling, pada tahun 1998 dengan tema 'Tinggal Ditengah Kehijauan' ("Life Amidst Greenery") dengan kemudahan tinggal di bandar seperti taman rekreasi yang seluas 30 ekar dilengkapi dengan lorong basikal, joging dan taman permainan kanak kanak. Bukit Besi merupakan puncak tertinggi di Alam Damai. Alam Damai dengan keluasan 258 hektar dibina sekeliling taman tengah seluas 30-ekar yang membentuk tunjang perbandaran ini. Taman ini menonjolkan tiga konsep hiasan taman iaitu,tropika, is

slamik dbn Boulevard, dan merupakan tarikan awam bagi zon rekreasi bagi penduduk Alam Damai.

Alam Damai terletak di kaki Bukit Besi dan bandar ini dibina menurut muka bumi bagi mengekalkan kehijauan sedia ada.Tapak pembinaan Alam Damai juga di kenai sebagai Bukit Besi sebelum dimajukan oleh SPPK pada tahun 1998.

Poskod[sunting | sunting sumber]

Alam Damai yang terletak di Kuala Lumpur menggunakan poskod 56000.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Alam Damai|University College Sedaya International, (UCSI)
  2. Oxbourgh International School
  3. British Columbia International School
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai
  1. Sekolah Rendah Agama Al-Mukhlisin

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai
  2. Acts Church Cheras
  3. Surau At-Taqwa

Tempat Menarik di Alam Damai[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Rekreasi The Park
  2. Bukit Besi

Hospital[sunting | sunting sumber]

  1. Klinik 1 Malaysia
  2. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  3. Hospital Pantai Cheras
  4. Hospital British Columbia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Poskod di Malaysia.
  1. ^ Malaysian Flag and Crest Diarkibkan 2011-02-10 di Wayback Machine from www.malaysia.gov.my.
  2. ^ "Alam Damai". www.durianproperty.com.my. DurianProperty.com.my. Dicapai pada 8 Dec 2014.