Algeria Uthmaniyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eyalet-i Cezayir-i Garb[5][6]
Eyalet[7] of Empayar Uthmaniyyah
sekitar 1517–1830

Bendera Province of Algiers[1]

Bendera

Location of Province of Algiers[3]
Ibu negara Algiers
Kerajaan Monarki mutlak
Dey
 - 1517-1518 Oruç Reis
 - 1818-1830 Hussein Dey
Sejarah
 - Diasaskan sekitar 1517
 - Penaklukan Perancis ke atas Algiers 1830
Populasi
 - 1808 3,000,000 

Algeria Uthmaniyyah, atau nama rasminya Kemahkotaan Algiers merupakan sebuah wilayah empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Algiers. Ia merangkumi keseluruhan kawasan pantai pada zaman Algeria moden kini. Ia diasaskan pada tahun 1525 apabila Hayreddin Barbarossa berjaya manawan kota ini.[8][9] Kemahkotaan Algiers juga merupakan pusat utama bagi kuasa Uthmaniyyah di Maghreb.[8] Ia digunakan sebagai pangkalan bagi menyerang kapal-kapal milik Eropah.[8] Ia berjaya mengalahkan Zianid, Hafsid dan Afrika Utara Sepanyol, dan menjadi hub pelabuhan utama sehingga penaklukan Perancis pada tahun 1830.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Hayreddin Barbarossa merupakan pengasas Kemahkotaan Algiers.

Bermula pada tahun 1496, Sepanyol telah menawan dan menduduki beberapa wilayah di pantai Afrika Utara, iaitu: Melilla (1496), Mers-el-Kebir (1505), Oran (1509), Bougie (1510), Tripoli (1510), Algiers, Shershell, Dellys, dan Tenes.[10]

Pada masa yang sama, adik beradik privateer berbangsa Turki iaitu Oruç dan Hayreddin, kedua-duanya dikenali dikenali di Eropah sebagai Barbarossa, atau "Jambang Merah" beroperasi di luar pantai Tunisia di bawah perlindungan Hafsid. Pada tahun 1516, Oruç memindahkan pangkalan operasi beliau ke Algiers dan memohon perlindungan daripada empayar Uthmaniyyah pada tahun 1517. Beliau terbunuh pada tahun 1518 semasa menyerang Kerajaan Beraja Tlemcen. Hayreddin telah mengantikan beliau sebagai komander tentera di Algiers.

Pendudukan Algiers[sunting | sunting sumber]

Oruç telah menawan Algiers pada tahun 1516, selain Peñón Algiers milik Sepanyol. Berikutan dengan kematian Oruç pada tahun 1518 di tangan Sepanyol dalam serangan ke atas Tlemcen, Barbarossa telah meminta bantuan daripada empayar Uthmaniyyah, sebagai tukaran bagi akuan kekuasaan Uthamniyyah di wilayah beliau.[9] Sebelum bantuan daripada Uthmaniyyah tiba, Sepanyol berjaya merampas semula kota Algiers pada tahun 1519. Barbarossa berjaya menawan kembali kota ini pada tahun 1525, dan pada tahun 1529 berjaya menawan Peñon Sepanyol semasa menawan Algiers.[9]

Pangkalan semasa perang dengan Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Hayreddin Barbarossa telah membina asas pasukan tentera di Algiers. Manakala empayar Uthmaniyyah pula menghantar 2,000 orang tentera Turki yang dilengkapi dengan artileri.[9] Beliau meletakkan Hasan Agha sebagai komander semasa beliau pergi ke Istanbul pada tahun 1533.[8]

Anak lelaki Barbarossa, Hasan Pashan meruapakan gabenor pertama kemahkotaan ini yang dilantik secara terus oleh Uthmaniyyah pada tahun 1544, apabila Barbarossa bersara dan dianugerahkan gelaran sebagai beylerbey.[8] Algiers menajdi sebuah pangkalan dalam perang melawan Sepanyol, dan juga semasa konflik Uthmaniyyah dengan Maghribi.

Beylerbey terus dilantik dengan tanpa had tempoh sehingga tahun 1587. Setelah Sepanyol menghantar duta ke Istanbul pada tahun 1578 bagi merundingkan sebuah penjanjian damai, yang mana menghasilkan perjanjian damai rasmi pada bulan Ogos 1580, dan mengakui bahawa Kemahkotaan Algiers adalah milik sah dan sebuah wilayah di dalam empayar Uthmaniyyah, dan bukannya sebuah pangkalan tentera dalam perang menentang Sepanyol.[8] Pada waktu ini, Uthmaniyyah telah mengasaskan sebuah struktur pentadbirandi Algiers dan wilayah jajahannya dan diketuai oleh para Pasha, dengan tempoh selama 3 tahun bagi membantu mengukuhkan kuasa Uthmaniyyah di Maghreb.

Serangan Perancis[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Napoleonic, Kemahkotaan Algiers banyak mendapat manfaat daripada perdagangan di Mediterranean, dan jumlah import makanan yang besar dari Perancis, hampir sebahagian besar secara hutang oleh Perancis. Pada tahun 1827, Hussein Dey, seorang pemerintah Uthmaniyyah di Algeria, menuntut agar Perancis membayar hutang lapuk sejak 31 tahun, yang mana telah ditandatangani pada tahun 1799 bagi membeli bekalan untuk tentera Perancis yang berperang di Mesir.

Konsul Perancis Pierre Deval enggan memberi jawapan yang memuaskan kepada dey. Dengan perasan marah, Hussein Dey telah menyentuh konsul dengan kipas beliau. Charles X kemudian menggunakan alasan ini untuk memutuskan hubungan diplomatik. Kemahkotaan Algiers tamat denggan serangan Perancis ke atas Algiers pada tahun 1830, diikuti dengan pemerintahan Perancis untuk 132 tahun seterusnya.[11]

Status politik[sunting | sunting sumber]

Selepas penaklukan oleh Turki, Algeria menjadi sebuah wilayah di dalam empayar Uthmaniyyah. Kemahkotaan ini telah ditadbir dengan jayanya oleh para Beylerbey (1518–70), Pacha (1570–1659), Agha (1659–71), kemudian Dey (1671–1830), bagi pihak sultan Uthmaniyyah.

Sehingga 1671, Beylerbey, Pacha dan Agha telah dilantik oleh sultan Uthmaniyyah dan tunduk kepada beliau. Selepas rampasan kuasa pada tahun 1671, kemahkotaan berjaya mendapatkan kuasa autonomi yang lebih besar dan menjadi sebuah republik tentera diperintah atas nama sultan Uthmaniyyah oleh para Dey, dengan para pegawainya samada dipilih oleh militia Uthmaniyyah atau Keptain.[12][13] Bermula tahun 1718 dan seterusnya, para Dey telah dipilih oleh Divan, sebuah dewan yang diwujudkan bagi mewakili kepentingan kedua-dua pihak Keptain dan Janissari.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Setakat tahun 1808, jumlah penduduk di Kemahkotaan Algiers dianggarkan sekitar 3 juta orang, di mana 10,000 orang adalah orang 'Turks' (termasuk orang berketuruna Kurdish, Muslim Greek dan Albania[14]) dan 5,000 orang Kouloughlis (daripada bahasa Turki kul oğlu, bermaksud "anak lelaki para hamba (Janissari)", iaitu creole dari Turki dan wanita tempatan).[15] Menjelang tahun 1830, lebih daripada 17,000 orang Yahudi tinggal di wilayah ini.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gábor Ágoston, Bruce Alan Masters, Encyclopedia of the Ottoman Empire, Infobase Publishing, 2009, ISBN 978-0-8160-6259-1, p. 33.
  2. Gábor Ágoston, Bruce Alan Masters, Encyclopedia of the Ottoman Empire, Infobase Publishing, 2009, ISBN 978-0-8160-6259-1, p. 33.
  3. Gábor Ágoston, Bruce Alan Masters, Encyclopedia of the Ottoman Empire, Infobase Publishing, 2009, ISBN 978-0-8160-6259-1, p. 33.
  4. Gábor Ágoston, Bruce Alan Masters, Encyclopedia of the Ottoman Empire, Infobase Publishing, 2009, ISBN 978-0-8160-6259-1, p. 33.
  5. Salih Özbaran, The Ottoman response to European expansion: studies on Ottoman-Portuguese relations in the Indian Ocean and Ottoman Administration in the Arab Lands during the Sixteenth Century, Isis Press, 1994, ISBN 978-975-428-066-1, p. 35.
  6. Andrew C. Hess, The Forgotten Frontier: A History of the Sixteenth-Century Ibero-African Frontier, University of Chicago Press, 2010, ISBN 978-0-226-33031-0, p. 253.
  7. William Spencer, Islamic fundamentalism in the modern world, Twenty-First Century Books, 1995, ISBN 978-1-56294-435-3, p. 73.
  8. 8.0 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Abun-Nasr, Jamil (20 August 1987). A history of the Maghrib in the Islamic period. Cambridge University Press. p. 151ff. ISBN 978-0-521-33767-0. Diperoleh pada 24 October 2010. 
  9. 9.0 9.1 9.2 9.3 Naylorp, by Phillip Chiviges (2009). North Africa: a history from antiquity to the present. University of Texas Press. p. 117. ISBN 978-0-292-71922-4. Diperoleh pada 24 October 2010. 
  10. An Historical Geography of the Ottoman Empire p.107ff
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bosworth_24 tidak disediakan
  12. Saliha Belmessous, Assimilation and Empire: Uniformity in French and British Colonies, 1541-1954, Oxford University Press, 2013 (ISBN 9780199579167), p.119 :
    When the French turned their eyes to the kingdom of Algiers in 1830, the region had been under Ottoman rule since 1516. The Regency of Algiers was a province of the Ottoman empire under the authority of the dey of Algiers, who had acquired a large degree of autonomy from the sultan and who was chosen by Janissaries, the Ottoman militia of Algiers.
  13. Jamil M. Abun-Nasr, A History of the Maghrib in the Islamic Period, Cambridge University Press, 1987 (ISBN 9780521337670), p.160 :
    [In 1671] Ottoman Algeria became a military republic, ruled in the name of the Ottoman sultan by officers chosen by and in the interest of the Ujaq.
  14. Isichei, Elizabeth Isichei (1997). A history of African societies to 1870. Cambridge University Press. p. 263. ISBN 0-521-45444-1. Diperoleh pada 24 October 2010. 
  15. Isichei, Elizabeth Isichei (1997). A history of African societies to 1870. Cambridge University Press. p. 273. ISBN 0-521-45444-1. Diperoleh pada 24 October 2010. 
  16. Yardeni, Myriam (1983). Les juifs dans l'histoire de France: premier colloque internationale de Haïfa. BRILL. p. 167. ISBN 9789004060272. Diperoleh pada 28 January 2014.