Melilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Melilla

Bendera

Lambang rasmi
Kerajaan
 • Presiden Juan José Imbroda Ortíz (PP)
Keluasan
 • Jumlah 20 km2 (8 sq mi)
Populasi (2006)
 • Jumlah 72,000
 • Kepadatan 6,995.55/km2 (18,118.4/sq mi)
Status autonomi 14 Mac 1995

Melilla (bahasa Arab: مليلة; Tamazight: Tamlit) ialah sebuah bandar autonomi Sepanyol yang terletak di persisiran Maghribi bahagian timur, Afrika Utara. Bernaung di bawah provinsi Malaga sebelum diberikan Status Autonomi, Melilla dahulunya merupakan sebuah pelabuhan bebas sebelum Sepanyol bergabung dengan Kesatuan Eropah; industri utamanya adalah perikanan. Sumber penghasilan lainnya berupa perdagangan lintas-sempadan (mengikut undang-undang mahupun tidak sah) dan dari bantuan Sepanyol dan Eropah. Pada tahun 1994, populasi penduduknya berjumlah 63,670 orang yang kebanyakannya adalah pemeluk agama Kristian, Islam, Agama Yahudi dan minoriti Hinduisme.

Sejak kemerdekaannya dari Perancis dan Sepanyol, Maghribi telah menuntut Melilla, Ceuta, Kepulauan Canary dan beberapa pulau kecil milik Sepanyol berdekatan daratan Afrika (Plaza de soberania) sebagai wilayahnya. Tuntutan itu berdasarkan dari perbandingan serupa mengenai tuntutan Sepanyol ke atas wilayah Gibraltar. Namun, pemerintah Sepanyol menolak perbandingan tersebut (penduduk wilayah yang dituntut turut menolak) dengan alasan Ceuta dan Melilla adalah sebahagian dari negara Sepanyol yang utuh, sedangkan Gibraltar, sebuah wilayah luar negeri British, tidak pernah menjadikannya sebahagian dari United Kingdom.

Banyak pengungsi asal Afrika yang cuba masuk ke wilayah Melilla, bahagian dari Kesatuan Eropah. Pagar perbatasan Melilla, berupa dua pagar setinggi 3 m dilengkapi dengan menara pengintai, melindungi sempadan tersebut. Tetapi beberapa pengungsi seringkali berhasil melewatinya secara tidak sah sehingga dapat menghindarkan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa Sepanyol yang akan mendeportasikan mereka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Melilla pertama kali dikuasai oleh Kerajaan Fenisia sebelum menjadi sebahagian dari Punic di bawah nama Rusadir. Kemudian ia menjadi sebahagian dari provinsi Mauretania Tingitana milik Rom. Kerajaan Vandal, Byzantine dan Visigothic turut menguasai Melilla selanjutnya. Melilla berada di garisan sempadan Kerajaan Tlemcen dan Fes ketika adipati Medina Sidonia menaklukannya pada tahun 1497, beberapa tahun setelah Sepanyol menguasai kerajaan Al-Andalus milik suku kaum Islam Moor yang terakhir.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Negara dan Wilayah di Mediterranean
Albania | Algeria | Bosnia dan Herzegovina | Croatia | Cyprus | Mesir | Perancis | Greece | Israel | Itali | Lebanon | Libya | Malta | Monaco | Montenegro | Maghribi | Melilla (Sepanyol) | Palestin | Slovenia | Sepanyol | Syria | Tunisia | Turki
Wilayah tanggungan: Akrotiri dan Dhekelia (United Kingdom) | Ceuta (Sepanyol) | Gibraltar (United Kingdom)
Wilayah tidak diiktiraf: Republik Turki Cyprus Utara