Alkitab hamba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muka surat tajuk Alkitab dipetik yang dicetak untuk pembacaan kepada hamba abdi, London 1807. Petikan seperti Kitab Keluaran dibuang.

Alkitab hamba (bahasa Inggeris: slave bible) ialah edisi Alkitab berbahasa Inggeris yang dibuat khusus untuk mendidik hamba abdi. Tajuk penuhnya: Select Parts of the Holy Bible for the use of the Negro Slaves in the British West-India Islands (Bahagian Pilihan Alkitab Suci untuk kegunaan Hamba Negro di Kepulauan India Barat British).[1] Kitab ini dikeluarkan di England pada awal abad ke-19 untuk digunakan di Hindia Barat British (bahagian Empayar British di Caribbean). Alkitab seperti ini telah memotong semua "rujukan kepada kebebasan dan melepaskan diri daripada perhambaan", manakala petikan yang menggalakkan nilai patuh dan berserah ditekankan.[2]

Mubaligh British menggunakan Alkitab itu dalam pendidikan dan mengkristiankan penduduk hamba. Para penyunting Alkitab ini membuang 90 peratus Perjanjian Lama dan separuh Perjanjian Baru. Antara petikan yang tidak dimasukkan adalah Galatia 3:28: "Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus.", yang dianggap dapat menghasutkan pemberontakan.[3] Petikan seperti Efesus 6:5, "Hai abdi, hormatilah tuan kamu dan taatilah mereka dengan sepenuhnya. Lakukanlah semuanya dengan hati yang ikhlas, seperti kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Kristus." dikekalkan.[3] Muzium Alkitab, semasa pameran 2018 yang dipanggil "The Slave Bible: Let the Story Be Told" (Alkitab Hamba: Biarkan Kisah Diceritakan), mempamerkan satu contoh dari tahun 1807. Alkitab ini merupakan satu daripada tiga salinan versi ini, dan dimiliki oleh Universiti Fisk. Ia dicetak oleh Law dan Gilbert dari London, untuk Persatuan Pengkristianan Hamba Negro.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Little, Becky. "Why Bibles Given to Slaves Omitted Most of the Old Testament" [Mengapa Alkitab Diberi kepada Hamba Membuang Kebanyakan Perjanjian Lama]. History (dalam bahasa Inggeris). A&E Television Networks, LLC. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  2. ^ Draper, Robert (Disember 2018). "The Bible Hunters" [Pemburu Alkitab]. National Geographic (dalam bahasa Inggeris): 40–75.
  3. ^ a b Martin, Michel (9 Disember 2018). "Slave Bible From The 1800s Omitted Key Passages That Could Incite Rebellion" [Alkitab Hamba Dari 1800-an Membuang Petikan Penting Yang Dapat Menghasutkan Pemberontakan] (dalam bahasa Inggeris). NPR. Dicapai pada 14 Disember 2018.
  4. ^ Medders, Brandy (3 Disember 2018). "Fisk University Partners with the Museum of the Bible and the Smithsonian for Slave Bible Exhibition" [Rakan Kongsi Universiti Fisk dengan Muzium Alkitab dan Smithsonian untuk Pameran Alkitab Hamba] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Fisk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-15. Dicapai pada 14 Disember 2018.