Anakin Skywalker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hayden Christensen sebagai Anakin Skywalker

Anakin Skywalker ialah watak fiksyen dalam alam semesta Star Wars. Dalam trilogi bahagian pertama Star Wars, Anakin ialah Padawan Jedi yang kemudian menjadi Satria Jedi. Sebagaimana yang didedahkan dalam Empayar Menyerang Balas dan Pengembalian Jedi, dia bapa kepada Luke Skywalker (Mark Hamill) dan Leia Organa (Carrie Fisher).

Dalam Episod III Star Wars: Balas Dendam Sith, selepas dia jatuh pada sebelah gelap Kuasa, nama Anakin dikenali sebagai Darth Vader, suatu nama Sith. Dalam Episod IV Star Wars: Harapan Baru dan Episod V: Star Wars: Empayar Menyerang Balas, Anakin (sebagai Vader) ialah watak jahat utama dan ikonik. Akhirnya, beliau menjadi pahlawan tragik moden yang beralih ke sebelah gelap apabila dikuasai oleh ketakutan terhadap kerugian, serta oleh megah diri, dan komplot Palpatine (Ian McDiarmid). Palpatine ialah watak jahat utama dalam siri ini yang akhirnya memanipulasikan perasaan Anakin yang bersikap seperti seorang ayah terhadapnya, dan menjadikan Anakin sebagai Darth Vader yang jahat.