Antara muka pengguna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Antara muka pengguna (atau antara muka manusia-mesin) merupakan sub-bidang dalam sains komputer yang menjurus dalam kajian reka bentuk penerimaan maklumat dari pengguna-ke-komputer dan reka bentuk paparan maklumat komputer-ke-pengguna. Objektif bagi kajian ini ialah untuk memperbolehkan pengguna dan sistem komputer berinteraksi dengan mudah dan mengurangkan kerumitan.

Perkataan mesra-pengguna (user friendly) ialah ciri-ciri bagi sistem yang mempunya antara muka yang mudah difahami. Antara muka pengguna terdiri dari:

  • Input, yang membolehkan pengguna memanipulasi sistem
  • Output, yang membolehkan sistem menghasilkan kesan dari masukan pengguna.