Antipiretik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tablet ibuprofen 200 mg bersalut, sejenis antipiretik yang biasa digunakan

Antipiretik (/ænti.paɪˈrɛ.tɪks/; an-tee-pahy-ret-iks; daripada Greek anti, lawan, dan pyreticus, berkaitan demam) ialah ubat dadah atau herba yang mengurangkan atau meredakan demam.[1] Antipiretik menyebabkan hipotalamus menekan peningkatan suhu akibat interleukin. Badan kemudian berusaha menurunkan suhu, seterusnya meredakan demam.

Kebanyakan ubat antipiretik juga mempunyai tujuan lain. Antipiretik yang paling biasa ditemui di A.S. dan dunia barat ialah ibuprofen dan aspirin, yang lazimnya digunakan sebagai pelega kesakitan. Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) bersifat antipiretik, anti-radang dan melegakan kesakitan.

Ubat[sunting | sunting sumber]

Antara ubat yang mempunyai kesan antipiretik dan berguna bagi meredakan demam ialah:

Tumbuhan yang mempunyai ciri antipiretik semulajadi lazimnya dirujuk sebagai febrifuj.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Definition of antipyretic". Merriam-Webster Online Dictionary. Diperolehi pada 2009-12-19. 
  2. Schultes, R.E.; Raffauf, R.F. De Plantis Toxicariis e Mundo Novo Tropicale Commentationes. XXXIX. Febrifuges of northwest Amazonia. Harvard Papers in Botany Jil. 5, m/s. 52-68. 1994.
  3. Biren N. Shah dan Avinash K. Seth Medicinal Plants as a Source of Anti-Pyretic Agents – A Review http://scholarsresearchlibrary.com/aasr-vol2-iss3/AASR-2010-2-3-188-195.pdf