Apnea tidur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apnea tidur
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Sindrom apnea tidur
Apnea tidur obstruktif
PengkhususanOtorhinolaringologi, perubatan tidur
GejalaTerhenti nafas beberapa saat atau terdapat tempoh pernafasan cetek sewaktu tidur, berdengkur, letik pada waktu siang[1][2]
KerumitanSerangan jantung, strok, diabetes, kegagalan jantung, degupan jantung tak sekata, obesiti, kemalangan jalan raya[1]
Permulaan biasa
umur 55–60 tahun[1][3]
JenisApnea tidur obstruktif, apnea tidur pusat, apnea tidur gabungan[1]
Berat badan berlebihan, sejarah keluarga, alahan, tonsil membesar[4]
Kajian tidur semalaman[5]
RawatanPerubahan gaya hidup, pemakaian corong mulut, pemakaian alat pernafasan, pembedahan[1]
Kekerapan1–6% (dewasa), 2% (kanak-kanak)[3][6]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Apnea tidur merupakan gangguan tidur yang melibatkan perhentian bernafas atau tempoh pernafasan cetek semasa tidur berlaku lebih kerap daripada biasa.[1] Setiap jeda boleh berlangsung selama beberapa saat hingga beberapa minit dan ia berlaku berkali-kali dalam satu malam.[1] Dalam bentuk yang paling biasa, perhentian pernafasan ini berikutan dengkuran kuat.[2] Selepas pernafasan diteruskan, mungkin terdapat bunyi tercekik atau dengusan.[1] Disebabkan gangguan tersebut mengganggu tidur normal, mereka yang terjejas mungkin terasa mengantuk atau letih pada siang hari.[1] Gangguan ini mungkin menyebabkan hiperaktif atau masalah-masalah lain di kalangan kanak-kanak yang berada di sekolah.[2]

Apnea tidur mungkin terbahagi kepada apnea tidur obstruktif yang melibatkan pernafasan terganggu disebabkan aliran udara tersumbat, apnea tidur pusat yang melibatkan penghentian nafas tidak sedarkan diri, atau gabungan kedua-duanya.[1] Bentuk obstruktif merupakan bentuk yang paling biasa,[1] dan faktor risikonya termasuklah berat badan berlebihan, sejarah keluarga yang pernah menghidap gangguan ini, alahan, saluran pernafasan yang kecil dan tonsil yang membesar.[4] Sesetengah orang yang mengalami apnea tidur tidak menyedari bahawa mereka mempunyai keadaan tersebut.[1] Dalam banyak kes ia mula-mula diperhatikan oleh ahli keluarga lain.[1] Apnea tidur sering didiagnosis melalui pemerhatian tidur semalaman,[5] dan lebih daripada lima episod gangguan mesti berlaku dalam masa sejam sewaktu masa tidur.[7]

Rawatan untuk gangguan ini mungkin termasuk perubahan gaya hidup, pemakaian corong mulut, pemakaian alat pernafasan serta pembedahan.[1] Perubahan gaya hidup untuk merawat gangguan ini mungkin termasuk pengelakkan alkohol, penurunan berat badan, pemberhentian merokok dan tidur dalam keadaan mengiring.[8] Peranti pernafasan termasuk penggunaan mesin CPAP.[8] Jika tidak dirawat, apnea tidur boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok, diabetes, kegagalan jantung, degupan jantung yang tidak teratur, obesiti, dan kemalangan jalan raya.[1]

Apnea tidur jenis obstruktif menjejaskan 1 hingga 6% orang dewasa dan 2% daripada golongan kanak-kanak.[3][6] Gangguan ini menjejaskan lelaki kira-kira dua kali lebih kerap berbanding perempuan.[3][9] Walaupun orang pada sebarang umur boleh terjejas, ia berlaku paling kerap di kalangan mereka yang berumur 55 hingga 60 tahun.[1][3] Apnea jenis pusat pula hanya menjejaskan kurang daripada 1% populasi manusia. [10] Sejenis apnea jenis pusat diterangkan dalam mitos Jerman tentang sumpahan Ondine melibatkan orang yang tidur akan lupa untuk bernafas.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "Sleep Apnea: What Is Sleep Apnea?". NHLBI: Health Information for the Public. U.S. Department of Health and Human Services. July 10, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2016. Dicapai pada 2016-08-18.
  2. ^ a b c "What Are the Signs and Symptoms of Sleep Apnea?". NHLBI. July 10, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2016. Dicapai pada 18 August 2016.
  3. ^ a b c d e Global Surveillance, Prevention and Control of Chronic Respiratory Diseases: A Comprehensive Approach. World Health Organization. 2007. m/s. 32. ISBN 9789241563468. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-19. Dicapai pada 2017-09-11.
  4. ^ a b "Who Is at Risk for Sleep Apnea?". NHLBI. July 10, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2016. Dicapai pada 18 August 2016.
  5. ^ a b "How Is Sleep Apnea Diagnosed?". NHLBI. July 10, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2016. Dicapai pada 18 August 2016.
  6. ^ a b Ferri, Fred F. (2014). Ferri's Clinical Advisor 2015: 5 Books in 1. Elsevier Health Sciences. m/s. 1090. ISBN 9780323084307. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-20. Dicapai pada 2017-09-11.
  7. ^ "Obstructive sleep apnea/hypopnea syndrome". Panminerva Medica. 55 (2): 191–5. June 2013. PMID 23676959.
  8. ^ a b "How Is Sleep Apnea Treated?". NHLBI. July 10, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2016. Dicapai pada 18 August 2016.
  9. ^ Al Lawati, Nabil M.; Patel, Sanjay R.; Ayas, Najib T. (January 2009). "Epidemiology, Risk Factors, and Consequences of Obstructive Sleep Apnea and Short Sleep Duration". Progress in Cardiovascular Diseases. 51 (4): 285–293. doi:10.1016/j.pcad.2008.08.001. PMID 19110130.
  10. ^ Auth, Patrick C. (2012). Physician Assistant Review (ed. 4). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 40. ISBN 9781451171297. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-20. Dicapai pada 2017-09-11.
  11. ^ Yentis, Steven M.; Hirsch, Nicholas P.; Ip, James (2013). Anaesthesia and Intensive Care A-Z: An Encyclopedia of Principles and Practice. Elsevier Health Sciences. m/s. 428. ISBN 9780702053757. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-19. Dicapai pada 2017-09-11.