Arkeologi bawah air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapal karam E. Russ di Estonia.

Arkeologi bawah air merujuk kepada amalan-amalan arkeologi yang dilakukan bawah air.[1] Seperti bidang-bidang arkeologi lain, bidang ini tertakluk pada zaman prasejarah serta klasik. Penerimaannya sebagai suatu subbidang adalah agak lewat oleh kerana kesukaran mengakses dan bekerja di kawasan bawah air, serta penerbitan arkeologi bawah air berasal daripada peneroka kapal karam.[2] Oleh kerana itu, arkeologi bawah air pada awalnya sukar untuk diterima sebagai suatu bidang arkeologi yang khusus.[3] Situasi ini berubah ketika universiti mula mengajar bidang ini serta tatkala asas teori dan amali diterbitkan. Arkeologi bawah air kini memiliki beberapa bidang bawah seperti arkeologi maritim - arkeologi kajian kehidupan manusia dan budaya dengan badan air.[4] Ini lazimnya mengguna pakai bahan-bahan fizikal di dalam atau sekitar badan air, termasuk yang tertanam dalam mendapan air.[5] Sejak kebelakangan ini, kajian arkeologi penerbangan bawah air melibatkan tapak-tapak serta pesawat zaman Perang Dunia Kedua kini muncul sebagai bidang yang khusus.[6]

Teknik[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun alatan dan kaedah khusus dicipta bagi arkeologi bawah air, matlamat serta proses arkeologi ini masih sama dengan arkeologi di darat. Namun begitu, arkeologi bawah air bercenderung untuk mengambil masa yang lebih lama serta lebih mahal daripada arkeologi darat bertaraf sama.[5]

Satu aspek penting ialah pengurusan logistik seperti pengurusan kapal serta operasi selaman. Kedalaman badan air serta kekangan akses akibat pasang surut dan cuaca tak menentu dapat menjadi halangan kepada kaedah yang boleh dipakai serta skala projek arkeologi yang dapat dilakukan. Kebanyakan tapak-tapak yang paling dijaga telah banyak bergantung kepada ahli arkeologi sambilan dalam tempoh yang lama.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Underwater and Maritime Archeology in Latin America and the Caribbean". m/s. 21. docid 10408690.
  2. ^ Akesson, Per. "A history of underwater archaeology". Nordic Underwater Archaeology.
  3. ^ Gibbins, David & Adams, Jonathan (2001). "Shipwrecks and maritime archaeology". World Archaeology. 32 (3): 279–291. doi:10.1080/00438240120048635. S2CID 37301382.
  4. ^ "How underwater archaeology reveals hidden wonders". Culture (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-02. Dicapai pada 2020-09-16.
  5. ^ a b Muckelroy, K. (1978). Maritime archaeology. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-29348-8.
  6. ^ "Broken Wings". Muzium Australia Barat. Government of Western Australia. Dicapai pada 5 Jun 2015.
  7. ^ "The Mary Rose" (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]