Aturan Undang-Undang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Aturan Undang-Undang secara amnya bermaksud rakyat harus mematuhi serta diperintah menurut undang-undang. Namun, mengikut teori politik dan perundangan ia mempunyai definisi yang lebih mendalam iaitu kerajaan sepatutnya diperintah oleh undang-undang. Frasa yang kerap digunakan ialah "kerajaan menurut undang-undang dan bukannya rakyat" government by law and not by men.

Konsep Undang-Undang yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

Pada amnya konsep "Aturan Undang-Undang" adalah berkaitrapat dengan beberapa konsep perundangan yang lain, termasuk:

  • Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali - Tiada undang-undang ex post facto
  • Anggapan Tidak Bersalah - Semua individu dianggap "tidak bersalah sehingga terbukti bersalah"
  • Double jeopardy - Setiap individu hanya boleh dihukum sekali untuk jenayah tertentu yang dilakukannya. Perbicaraan semula mungkin atau tidak mungkin dibenarkan sekiranya terdapat bukti-bukti yang baru. Lihat juga res judicata.
  • Hak Saksama Guaman - Semua individu mempunyai hak yang sama mendapat bantuan guaman tidak kira status, agama, bangsa, kecenderungan politik dan sebagainya Seperti kata Montesquieu, "undang-undang ialah seperti ajal, tiada seorang yang akan terlepas"
  • Habeas Corpus - Terma Latin yang membawa maksud "seseorang mesti bertubuh". Oleh itu, seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang jenayah yang dilakukannya atau tuduhan keatasnya, dan memohon supaya penahanannya disemak semula oleh badan kehakiman. Seseorang yang ditahan secara haram seharusnya dibebaskan.