Augusto César Sandino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Augusto César Sandino
Augusto C. Sandino in 1928
Kelahiran
Augusto Nicolás Sandino[1]

(1895-05-18)18 Mei 1895
Meninggal dunia21 Februari 1934(1934-02-21) (umur 38)
Sebab kematianDibunuh
Tahun aktif1927–1934
Terkenal keranaRevolusioner
Gerakan politikTentera Darat Mempertahankan Kedaulatan Negara Nicaragua (Ejército Defensor de la Soberanía Nacional de Nicaragua, or EDSN)
PembangkangKeluarga Somoza, America Syarikat
PasanganBlanca Arauz
Tandatangan

Augusto César Sandino ([au-ghus-to sé-sar san-di-no]; 18 Mei 1895) atau Augusto Nicolás Calderón Sandino ialah seorang revolusioner Nicaragua yang memimpin suatu pemberontakan menentang pihak Kor Marin Amerika Syarikat yang menjajah negara tersebut antara tahun-tahun 1927 dan 1933. Tindakan ini jelas dibenci pemerintah Amerika Syarikat yang menanggapnya seorang penjenayah namun negara-negara Amerika Latin menyanjungi sumbangan beliau sebagai suatu simbol penentangan peluasan kuasa Amerika Syarikat.[2]

Legasi beliau sangat diingati di Nicaragua, malah beliau diisytiharkan sebagai seorang "wira negara" oleh kongres pemerintah negara tersebut pada tahun 2010.[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Augusto Nicolás Calderón Sandino lahir pada 18 Mei 1895 di bandar Niquinohomo (kini dalam Wilayah Masaya, Nicaragua). Beliau kelahiran hasil hubungan luar nikah kepada Gregorio Sandino, seorang peladang kopi, dan Margarita Calderón, seorang pembantu rumah keturunan peribumi.[4] Beliau diserahkan kepada nenek sebelah ibunya untuk dibesarkan pada usia 9 tahun.

Ketika Augusto berusia 17 tahun, beliau menyaksikan suatu pemberontakan sengit di mana puak liberal pimpinan Benjamín Zeledón menentang Presiden Adolfo Díaz yang bersekutu kuat dengan Amerika Syarikat. Zeledón meninggal dunia dalam pertempuran Coyotepe 4 Oktober yang melibatkan campur tangan tentera Amerika Syarikat; mayatnya dibawa Kor Marin ke Catarina di mana ia mendapat perhatian yang begitu mengesankan termasuk kepada Augusto sendiri.[5]

Pada tahun 1921, ketika beliau berusia 26 tahun, beliau cuba menyerang dan membunuh anak kepada seorang ahli politik yang mengutuk ibunya namun gagal, beliau melarikan diri daripada ditangkap di mana beliau berlindung ke Honduras, kemudiannya Guatemala dan akhirnya Mexico; beliau mendapat pekerjaan sebagai seorang pekerja loji minyak Standard Oil di Tampico. Pada ketika ini, Mexico baru sahaja reda daripada konflik bersenjata hasil suatu revolusi yang memerdekakan negara tersebut daripada kerajaan Sepanyol. Di sinilah beliau bertemu banyak orang yang giat dalam perang ini termasuk puak Freemason, antiimperialis, anarkis dan komunis sehingga banyak bertukar fikiran lalu membentuk pendiriannya sebagai seorang radikal dan pejuang nasionalis.

Beliau kembali ke Nicaragua pada 1926 setelah pihak Amerika Syarikat tarik keluar daripada kawasan itu. Namun, suatu perang saudara meletus antara askar-askar puak Liberal di pelabuhan Puerto Cabezas membelot menentang Presiden Díaz. Jeneral José María Moncada Tapia yang mengetuai dahagi ini memberi sokongan sepenuhnya kepada Juan Bautista Sacasa.

Menjadi askar gerilya[sunting | sunting sumber]

Berperang menentang Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 1927 Sandino dengan sepasukan 50 orang askar mara ke lombong San Albino di Nueva Segovia, Sandino segera menahan bekalan dinamit sebanyak 500 paun dengan ugutan membunuh warga Amerika Syarikat sambil para anggota mengusir keluar pekerja asing yang ada di sana.[6]

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pada malam 21 Februari 1934, Augusto bersama ayahnya Gregorio, adiknya Socrates, Menteri Pertanian Sofonías Salvatierra serta Jen. Francisco Estrada dan Jen. Juan Pablo Umanzor diundang ke Istana Presiden La Loma atas jemputan Presiden Juan Bautista Sacasa, bapa saudara Somoza. Setelah beberapa lama, mereka keluar dari pekarangan istana. Sekumpulan askar pengawal istana (Guardia Nacional de Nicaragua) pimpinan Kolonel Lisandro Delgadillo, orang kuat yang diupah Anastasio Somoza García untuk membunuh Augusto cepat bergerak. Beberapa orang askar pengawal menghentikan kenderaan yang membawa iringan Sandino keluar.[7] Gregorio Sandino dan Sofonías Salvatierra ditahan segera untuk dibawa ke penjara, manakala beberapa lain mengheret adik-adik beradik Augusto dan Socrates serta jeneral-jeneralnya keluar ke suatu tempat. Pada jam 11:00 malam, askar-askar tersebut menembak mati kemepat-empat tahanan sebaik isyarat diberikan dengan raifal Springfield 1903 kaliber peluru 7.62 × 63 mm dan mesingan Thompson berkaliber 11.43 mm.[7] Mayat-mayat tahanan dibunuh dipercayai ditanam di sebuah kawasan luar bandar Larreynaga bernama Managua atas arahan Mejar Rigoberto Duarte, salah satu orang kuat Somoza García, namun tidak dapat dijumpai.

Pada keesokan harinya, Pengawal Negara menyerang hebat pasukan Sandino sehingga ia dapat ditumpaskan.[8] Jen. Anastasio Somoza García memaksa Sacasa letak jawatan sambil menggelarkan diri sebagai Presiden Nicaragua yang baru - beliau menubuhkan suatu rejim kediktatoran yang diuruskan beliau memerintah negara tersebut selama 40 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ sandinorebellion.com
  2. ^ Gilbert, Dennis (1988). Sandinistas: The Party and the Revolution. Massachusetts: Basil Blackwell.
  3. ^ Schmidt, Blake (15 Februari 2011). "Nourishing Family Roots to Help a Campaign Bloom". The New York Times.
  4. ^ "Augusto Cesar Sandino". Expressions of Central America. Stanford University.
  5. ^ Mercado, Sergio Ramírez. El de Niquinohomo (dalam bahasa Sepanyol).
  6. ^ Foreign Relations of the United States, 1927, Volume III, Assistance by the United States marines in the suppression of bandit activities in Nicaragua, United States, Department of State (U.S.G.P.O., 1942), Document 453.
  7. ^ a b "NICARAGUA: Murder at the Crossroads". TIME. 5 Mac 1934. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-02. Dicapai pada 18 Ogos 2014.
  8. ^ Tim Merrill, penyunting (1993). "Nicaragua: A Country Study". Washington: GPO for the Library of Congress.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]