Australopithecus afarensis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Australopithecus afarensis ("Lucy")
Julat zaman: Pliocene
Foto fosil Lucy, Museo Nacional de Antropología, Bandaraya Mexico
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Primat
Keluarga: Hominidae
Subkeluarga: Homininae
Genus: Australopithecus
Spesies: A. afarensis
Nama binomial
Australopithecus afarensis
Johanson & White, 1978

Australopithecus afarensis merupakan sejenis hominid pupus yang hidup sekitar 3.9 dan 2.9 juta tahun yang lalu. Tidak jauh berbeza dengan Australopithecus africanus, A. afarensis memiliki tubuh yang kurus. Para ilmuwan mempercayai bahawa A. afarensis merupakan nenek moyang Homo, yang juga bermaksud nenek moyang manusia moden, Homo sapiens.[1]

Peyebaran[sunting | sunting sumber]

Hingga kini, fosil-fosil Australopithecus afarensis hanya dapat ditemui di wilayah Timur Afrika. Wilayah yang paling terkenal sebagai tempat penemuan fosil ini adalah Hadar, Habsyah. Di sanalah fosil "Lucy", seekor A. afarensis betina, ditemukan. Tempat lain bagi fosil A. afarensis ditemui adalah di Omo, Maka, Fejej dan Belohdelie di Habsyah, dan Koobi Fora dan Lothagam di Kenya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jones, S. Martin; & R. Pilbeam (ed.) (2004). The Cambridge Encyclopedia of Human Evolution (8th ed.).Cambridge University Press. ISBN 0-521-46786-1