Ayatollah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ayatollah (Bahasa Arab: آية الله‎; Parsi: آيت‌الله; Melayu: Tanda dari Allah) adalah gelaran tertinggi yang diberikan kepada ulama Syi'ah. Mereka yang memiliki gelaran tersebut adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang berpengetahuan/profesionalis Islam terhadap ilmu-ilmu agama seperti syari’ah (hukum Islam), falsafah Islam, pengajian Islam dan etika hidup. Mereka seringkali mengajar dalam seminar Islam.

Ayatollah Utama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Marja

Hanya sedikit daripada kebanyakan Ayatollah yang penting yang diberikan gelaran Ayatullah Utama / Grand Ayatollah (Ayætollah-e Ozme, "Tanda terbesar dari Allah"). Hal ini terjadi apabila ada pengikut-pengikut dari seorang Ayatullah mengikuti pedomannya dalam pelbagai situasai lalu memintanya untuk mengemukakan fatwa-fatwa yang dianggap jawapan bagi segala pertanyaan dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Buku-buku/kitab fatwa Ayatullah ini disebut Resalah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]