Baba (gelaran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Baba (Parsi: بابا, lit.'ayah, datuk, lelaki tua yang bijak, tuan'[1]) ialah istilah kehormat yang berasal dari Parsi[2] yang digunakan dalam beberapa kebudayaan di Asia Barat dan Asia Selatan.

Ia digunakan sebagai tanda penghormatan untuk merujuk kepada pertapa Hindu dan Sikh (sannyasis) dan digunakan sebagai akhiran atau awalan kepada nama mereka, contohnya. Sai Baba, Baba Ramdevji, dan sebagainya[1][3].

Baba juga merupakan gelaran yang diberikan kepada ketua kepada ketua tarekat sufi tertentu, seperti Baba Bulleh Shah dan Rehman Baba[1].

Baba juga digunakan oleh orang Yahudi Maghribi untuk merujuk kepada ahli mistik, Rabbi Israel Abuhatzeira, Baba Sali dan bersambung seterusnya sebagai gelaran untuk keturunan Abuhatzeira, yang kini di Israel.

Istilah ini juga diterima pakai di Malaysia sebagai gelaran kepada orang Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat. [4][2]

Baba juga merupakan perkataan biasa untuk "ayah" dalam banyak bahasa; malah di India ia telah disesuaikan untuk menggelar kanak-kanak lelaki[2].

Baba juga ialah gelaran panggilan bagi seorang tokoh agama Islam di Patani, Thailand Selatan dan Kelantan, Malaysia[5][6].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Platts, John T. (John Thompson). A dictionary of Urdu, classical Hindi, and English. London: W. H. Allen & Co., 1884.
  2. ^ a b c Baba in Weiner, E. S. C.; Simpson, J. R. (1989). The Oxford English dictionary. Oxford: Clarendon Press. ISBN 0-19-861186-2.
  3. ^ Hunter, William Wilson; James Sutherland Cotton; Richard Burn; William Stevenson Meyer; Great Britain India Office (1908). Imperial Gazetteer of India. 20. Clarendon Press. m/s. 295.
  4. ^ Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia : A Historical Encyclopedia, From Angkor Wat to East Timor. Santa Barbara, Calif: ABC-CLIO. m/s. 198. ISBN 1-57607-770-5.
  5. ^ "DAURAH KITAB UMMI AL-BARAHIN". Al-Abaqirah MAIWP. Ogos 2018. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  6. ^ Budi Jagat (Ogos 8, 2020). "Wajah-wajah indah para ulama Pattani Darussalam". Jagadita. Dicapai pada 28 Disember 2021.