Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang merupakan agensi kerajaan yang bertanggung jawab memajukan Lembah Klang, Malaysia.

BKWPPLK wujud hasil dari penggabungan dua (2) bahagian di Jabatan Perdana Menteri, iaitu Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Urusetia Perancangan Lembah Klang. Pengisytiharan disempurnakan melalui Surat Pekeliling Bil. 4/97, berkuatkuasa mulai 1 Mac 1996

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang
Blok B3, Aras 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603-8888 1957
Faks: 603-8888 3351 / 3354

Tugas Utama[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi dan menyediakan khidmat keurusetiaan bagi jawatankuasa-jawatankuasa dan mesyuarat-mesyuarat yang ditentukan di bawah bidang tugas bahagian.
  • Menggubal dasar-dasar, strategi-strategi dan penyelarasan perancangan Wilayah Persekutuan, pentadbiran tanah dan perlaksanaan projek-projek yang dipertanggungjawabkan;
  • Menyelaras aspek-aspek perlaksanaan dan pemantauan projek-projek pembangunan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mengawasi supaya perancangan dan perlaksanaan pembangunan adalah sejajar dengan pelan-pelan Wilayah Lembah Kelang;
  • Menguruskan Hal Ehwal pentadbiran dan kewangan bahagian
  • Mewujudkan dan mengemaskinikan sistem maklumat perancangan Lembah Kelang dan sistem maklumat pengurusan bahagian.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang adalah :
Memberi khidmat urusetia yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri serta mengesan pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan.


Fungsi[sunting | sunting sumber]

Fungsi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang adalah :

  • Menentu dan melaksanakan dasar-dasar untuk mentadbir Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya secara berkesan
  • Menggubal dasar dan strategi bagi kelulusan Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang menerusi Jawatankuasa Kerja Wilayah Lembah Kelang
  • Menentukan dasar-dasar pembangunan tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • Mengesan kemajuan projek-projek pembangunan di Wilayah Persekutuan sebagaimana yang dikehendaki mengikut arahan No.1 1996, Jentera Penyelaras Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional. Seterusnya BKWPPLK juga mengawasi supaya perancangan dan pelaksanaan pembangunan adalah sejajar dengan pelan-pelan Wilayah yang telah diluluskan
  • Menilai, menyelaras dan mengkaji semula setiap lima (5) tahun pelan-pelan perspektif Wilayah bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkenaan
  • Mengenalpasti projek-projek Bahagian di Wilaayh Persekutuan dan menyalurkan dengan tepat melalui unit-unit yang wujud di bawahnya untuk pelaksanaan
  • Menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dikendalikan sendiri oleh Bahagian dan yang dilaksanakan oleh agensi-agensinya iaitu :-
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Majlis Perbandaran Labuan
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Urusetia kepada Majlis Perancangan LEmbang Kelang, Jawantankuasa Kerja Wilayah Lembah Kelang dan Jawatankuasa Pembangunan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur
  • Menubuh serta menyelenggara sebuah bank data mengenai Wilayah Lembah Kelang serta menasihat dan membantu agensi-agensi Kerajaan mengenai cara-cara yang lebih baik dalam penyimpanan dan persembahan data.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjadi organisasi unggul yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menyelaras dasar dan pembangunan WIlayah Persekutuan dan Lembah Klang melalui penggembelengan sepenuhnya sumber, kepakaran dan teknologi demi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, dinamik dan progresif yang mengamalkan nilai-nilai murni yang dapat mempertingkatkan imej Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]