Lembah Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada bukit-bukau yang mengelilingi Lembah Klang.
Bandar-bandar utama di Lembah Klang di dalam sempadan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lembah Klang adalah sebuah kawasan di Malaysia yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, dan meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Satu rujukan alternatif kepada ini akan menjadi kawasan metropolitan Kuala Lumpur atau Metropolitan Lembah Klang. Kedudukan geografinya juga ditentukan oleh Banjaran Titiwangsa ke utara dan timur Selat Melaka ke barat. Bandar gabungan merupakan kawasan tengah industri Malaysia dan perdagangan.[1] Pada tahun 2012, Lembah Klang didiami oleh kira-kira 7.5 juta orang.[2] Lembah Klang kebanyakannya didiami oleh sebilangan besar pendatang dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia dan kebanyakan pekerja asing dari Indonesia, India dan Nepal.

Sejarah dan penubuhan[sunting | sunting sumber]

Lembah Klang telah diwujudkan pada tahun 1800-an apabila Kuala Lumpur telah dibuka oleh Raja Abdullah kerana banyak bijih timah telah ditemuinya di situ. Seterusnya Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) telah dibuka pada pertengahan tahun 1800-an. Perkembangan pesat Lembah Klang berubah lagi apabila landasan kereta api dibina pada tahun 1892 yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham. Tujuannya ialah untuk mengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan tersebut.

Sejarah mula berubah telah menyaksikan Petaling Jaya telah dibuka pada tahun 1952 oleh Sir Gerald Templer. Pembukaan tersebut bertujuan untuk memindahkan penduduk ke kawasan baru kerana darurat pada tahun 1948 hingga 1960.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Petaling Jaya telah menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972. Shah Alam yang dahulunya ladang Sungai Renggam dan Batu Tiga telah menjadi ibu negeri Selangor yang baru sejak tahun 1974 apabila Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Pada ketika itu Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Shah Alam kemudian menjadi bandar raya pada 10 Februari 2000 dan kemudian tercatat sejarah baru bagi Malaysia dan negeri Selangor apabila Petaling Jaya akan menjadi bandar raya satelit dan bandar raya kedua Selangor pada awal 2006.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Lembah Klang merupakan antara kawasan yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi di Malaysia dimana dari segi komposisi kaum, Melayu merupakan majoriti (50.59%), Cina (29.03%), India (11.62%), kaum lain (0.72%) dan bukan warganegara (8.04%). Walau bagaimanapun, daerah di Lembah Klang mempunyai perbezaan komposisi kaum yang ketara.[3]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lembah Klang terletak di tengah-tengah negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Air Sungai Kelang mengalir ke Selat Melaka di sebelah barat.

Lembah Klang mempunyai lebih dari 6 juta orang penduduk, dan merupakan pusat industri dan perdagangan di Malaysia.

Antara bandar utama yang terdapat di sini ialah Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Pelabuhan Klang, Ampang, Gombak, Selayang, Cheras dan banyak lagi.

Tiada sempadan rasmi yang menentukan kawasan Lembah Klang tetapi ia sering dianggap terdiri daripada kawasan-kawasan berikut dan pihak berkuasa tempatan iaitu:

Perubahan sempadan Lembah Klang[sunting | sunting sumber]

Lembah Klang pada awalnya adalah bandar di sepanjang Sungai Klang kini berubah apabila:

Daerah Hulu Langat dan Kajang telah menjadi sebahagian dalam Lembah Klang pada tahun 1980-an

Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, dan KLIA kini termasuk dalam Lembah Klang di antara tahun 1990-an dan 2000-an kerana ia adalah kawasan Koridor Raya Multimedia.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Lembah Klang mempunyai rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang tercanggih di Asia Tenggara. Selain itu kemudahan kereta api dan transit aliran ringan juga disediakan bagi membantu penduduk Lembah Klang berulang-alik dari bandar ke bandar.

Bilangan pengguna pengangkutan awam meningkat kepada 600,000 menjelang 2012 di Lembah Klang daripada 240,000 tahun 2009.Penasihat Khas-Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan, Mohamad Nur Kamal menyatakan 9.5 juta orang tinggal di Lembah Klang, George Town dan Johor Bahru. Di Lembah Klang sahaja, 10-12 % menggunakan pengangkutan awam untuk berulang alik ke tempat kerja. Kerajaan bekerjasama dengan swasta bagi menambah laluan bas ,liputan dan mutu perhentian bas di seluruh Lembah Klang. Agensi kerajaan akan memantau pengkuatkuasaan peraturan trafik dan piawaian perkhidmatan .Terminal pengangkutan dan hab bandaraya akan dibina bagi mengatasi kesesakan dalam bandaraya. Platform tunggal jualan tiket membabitkan semua pengendali seperti sistem "Touch n Go" akan dibangunkan di semua stesen bas utama. Kemudahan meletak kereta di semua stesen tren akan dilengkapkan dengan mesin tiket automatik. [4]

Rujukan dan pautan[sunting | sunting sumber]