Bahasa Moldova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Moldova atau Bahasa Moldavia merupakan nama rasmi bagi Bahasa Romania di Republik Moldova dan wilayah pisahnya Transnistria.[1][2] Perlembagaan Moldova (Judul I, Perkara 13) menyatakan bahawa bahasa "Bahasa Moldova" merupakan bahasa rasmi bagi negara ini. Dalam Pengisytiharan Kemerdekaan Moldova bahasa yang sama ini dipanggil Bahasa Romania.[3] Namun Presiden Moldova Vladimir Voronin menitikberatkan identiti yang berasingan bagi Bahasa Moldova, menuduh bahawa Romania gagal melakukan yang sama.[4] Sekumpulan ahli bahasa Romania mengambil keputusan menyatakan bahawa promosi Bahasa Moldova ini merupakan sebuah kempen yang tidak saintifik.[5]

"Bahasa Moldova" (graiul moldovenesc, dalam sumber yang lebih lama limba moldovenească) juga boleh merujuk kepada satu jenis utara bagi Bahasa lisan Romania dalam wilayah bekas Prinsipaliti Moldavia (kini berpisah di antara Moldova dengan Romania). Tiadanya pemisahan linguistik yang tertentu di Sungai Prut, yang memisahkan Moldova dari Romania. Jenis Moldavia dikira salah satu dairpada kelima-lima jenis bahasa lisan Romania, kesemuanya ditulis dengan sama, tetapi hanya lebih kurang daripada separuh daripada penutur jenis ini tinggal di Moldova, sedangkan lebih daripada separuh tinggal di kawasan bersebelahan di Romania.

Orthografi[sunting | sunting sumber]

Antara tahun 1940 hingga 1989, misalnya semasa pemerintahan Soviet, tulisan Cyril menggantikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi di Moldova (ketika itu RSS Moldavia). Pada tahun 1989, tulisan Rumi menggantikan tulisan Cyril, dengan menggunakan peraturan ortografi Bahasa Romania dengan sepenuhnya.

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Dyer, D. (1999). The Romanian Dialect of Moldova: A Study in Language and Politics. Lewiston, NY: Edwin Mellen Press. (ISBN 0-7734-8037-4)
  • Dyer, Donald Leroy, ed. Studies in Moldovan. New York: Columbia University Press (East European Monographs), 1996. (ISBN 0-88033-351-0)
  • Stati, V.N. Dicţionar moldovenesc-românesc. [=Moldovan-Romanian dictionary.] Chişinău: Tipografia Centrală (Biblioteca Pro Moldova), 2003. (ISBN 9975-78-248-5)
  • Dumbrava, V. (2004). Sprachkonflikt und Sprachbewusstsein in der Republik Moldova: Eine empirische Studie in gemischtethnischen Familien (Sprache, Mehrsprachigkeit und sozialer Wandel). Bern: Peter Lang. (ISBN 3-631-50728-3)
  • Movileanu N. Din istoria Transnistriei (1924-1940), Revista de istorie a Moldovei, 1993, #2.
  • Negru E. Introducerea si interzicerea grafiei latine in R.A.S.S.M, 1999, Revista de istorie a Moldovei, #3-4.
  • (2004). Europe Review 2003/2004. Kogan Page.
  • King, C. The Moldovans: Romania, Russia and the Politics of Culture, Hoover Institution Press, 2000, ISBN 0-8179-9792-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]