Bahasa daerah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa daerah atau bahasa setempat (bahasa Inggeris: regional language) ialah bahasa yang dituturkan di sekitar suatu kawasan tertentu dalam sebuah negara bangsa.

Sesetengah bahasa setempat boleh dikatakan lebih tinggi penuturnya dari bahasa rasmi sesebuah negara. Sesetengah bahasa setempat pula mempunyai hubungkait yang rapat dengan bahasa kebangsaan atau rasmi sesuatu negara, contohnya di China, di mana dialek bukan Mandarin seperti Wu, Katonis, Hakka, Hokkien, Xiang, dan Hui adalah bahasa setempat yang menjadi dialek dalam Bahasa Cina itu sendiri yang menjadikanya sangat rapat dengan Mandarin.

Secara amnya sebuah negara tidak menjadikan bahasa setempat atau bahasa minoriti sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan, namun banyak negara seperti Singapura menjadikan bahasa setempat iaitu bahasa Melayu dan Tamil sebagai bahasa rasmi negara terbabit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]