Bahasa kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut.

Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan boleh jadi sama dengan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat negara tersebut.