Bahasa terancam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa terancam adalah bahasa yang dalam risiko untuk tidak digunakan lagi, umumnya kerana ia mempunyai sedikit penutur yang masih hidup. Jika ia hilang semua penutur aslinya, ia menjadi bahasa pupus.

Mengenal pasti bahasa terancam[sunting | sunting sumber]

Sedangkan tidak adanya ambang yang tertentu untuk mengenal pasti sesebuah bahasa sebagai terancam, tiga kriteria yang utama biasanya digunakan sebagai garis panduan:

  1. Bilangan penutur yang masih hidup
  2. Umur min penutur asli dan/atau penutur yang fasih
  3. Peratusan generasi termuda yang fasih dalam bahasa tersebut.

Sesetengah bahasa, seperti di Indonesia, mungkin mempunyai berpuluh-puluh ribu penutur tetapi dianggap sebagai terancam kerana kanak-kanak tidak lagi mempelajari bahasa tersebut, dengan penuturnya kini dalam proses peralihan kepada penggunaan bahasa kebangsaan Indonesia (atau kelainan bahasa Melayu tempatan) sebagai ganti untuk bahasa-bahasa tempatan.

Sebagai perbandingan, sebuah bahasa yang hanya memiliki 100 orang penutur mungkin dianggap sebagai masih cergas jika ia merupakan bahasa utama untuk sesebuah komuniti, dan merupakan bahasa pertama (dan tunggal) kepada semua kanak-kanak dalam komuniti itu (kebanyakan bahasa Andaman masih dituturkan). Sumber unggul untuk maklumat tersebut boleh didapati di laman sesawang www.endangered-language.com.