Bandaraya Quebec
| Bandaraya Quebec | |||
|---|---|---|---|
| — Bandar raya — | |||
| Ville de Québec | |||
|
|||
| Nama panggilan: La Vieille Capitale | |||
| Moto: Don de Dieu feray valoir ("I shall put God's gift to good use"; the Don de Dieu was Champlain's ship) |
|||
|
|
|||
| Koordinat: 46°49′U 71°13′B / 46.817°U 71.217°BKoordinat: 46°49′U 71°13′B / 46.817°U 71.217°B | |||
| Country | |||
| Provinsi | |||
| Wilayan pentadbiran | Capitale-Nationale | ||
| Komuniti metropolitan | Communauté métropolitaine de Québec | ||
| Kelompokan | Kelompokan Bandaraya Quebec | ||
| Diasaskan | 3 Julai 1608 oleh Samuel de Champlain | ||
| Tarikh pembentukan | 1833 | ||
| Kerajaan | |||
| • Datuk Bandar | Régis Labeaume | ||
| • Ketua majoriti | Jean-Marie Matte | ||
| • Senator persekutuan | Dennis Dawson | ||
| • Ahli Dewan Rakyat Kanada |
Senarai Ahli Dewan Rakyat
|
||
| • Perhimpunan Kebangsaan Quebec |
Senarai Perhimpunan Kebangsaan Quebec
|
||
| Kawasan | |||
| • Bandar raya | 454.26 km2 (175.39 sq mi) | ||
| • Bandar | 670.10 km2 (258.73 sq mi) | ||
| • Metro | 3,276.53 km2 (1,265.08 sq mi) | ||
| Populasi (2006[1][2]) | |||
| • Bandar raya | 491,142 (Ke-10) | ||
| • Kepadatan | 1,081.2/km2 (2,800/sq mi) | ||
| • Bandar | 659,545 | ||
| • Kepadatan bandar | 984.2/km2 (2,549/sq mi) | ||
| • Metro | 715,515 (Ke-7 | ||
| • Kepadatan metro | 218.4/km2 (566/sq mi) | ||
| Zon waktu | Timur (UTC−5) | ||
| • Musim panas (DST) | EDT (UTC−4) | ||
| Kod kawasan | 418/581 | ||
| Kod SGC | 24 23 027 | ||
| Peta NTS | 021L14 | ||
| Kod GNBC | EHTWR | ||
| Laman web | Official website of Quebec City | ||
Quebec (pron.: /kwɨˈbɛk/ or /kəˈbɛk/; Bahasa Perancis: Québec [keˈbɛk] (
dengar)), juga dikenali sebagai Québec, Quebec City atau Québec City (Bahasa Perancis: Ville de Québec)[3] ialah ibu kota kepada provinsi Quebec, salah satu provinsi Kanada di wilayah Capitale-Nationale. Ia merupakan bandar raya yang kedua terbanyak penduduk di Quebec, selepas Montreal yang terletak sekitar 233 kilometer (145 bt) di barat daya. Menurut Banci Kanada 2006, bandar rayanya mempunyai 491,142 penduduk,[1] manakala kawasan metropolitannya mempunyai 715,515 orang.[2]
Penyempitan Sungai Saint Lawrence berhampiran tanjung tinggi bandar raya Cap-Diamant (Tanjung Diamond), dan Lévis, di tebing yang bertentangan, memberikan nama kepada bandar raya Kébec, sepatah perkataan Algonquin yang membawa pengertian "di mana sungai menyempit". Diasaskan pada 1608 oleh Samuel de Champlain, Bandaraya Quebec ialah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara. Kubu yang mengelilingi Quebec Lama (Vieux-Québec) ialah satu-satunya tembok kota berkubu yang masih wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika dan telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 'Daerah Bersejarah Québec Lama' oleh UNESCO pada 1985.[4][5]
Pelbagai pesta diadakan setiap tahun, termasuklah Pesta Musim Panas, Karnival Musim Sejuk, dan pesta Château Frontenac, hotel yang menguasai latar langit bandar raya. Perhimpunan Kebangsaan Quebec, Musée national des beaux-arts du Québec (Muzium Negara Seni Halus Quebec), dan Musée de la civilisation (Muzium Peradaban) terletak berhampiran Vieux-Québec.
Rujukan[sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Statistik Kanada. Profil Komuniti 2006 — Subbahagian Banci — Bandaraya Quebec
- ↑ 2.0 2.1 Statistik Kanada. Profil Komuniti 2006 — Kawasan Metropolitan Banci — Bandaraya Quebec
- ↑ Menurut kerajaan persekutuan dan kerajaan provinsi, Québec (dengan aksen tirus) ialah nama rasmi bandar raya dalam kedua-dua bahasa Perancis Quebec dan bahasa Inggeris Kanada. Walaupun nama tempat Perancis di Kanada biasanya mengekalkan aksennya dalam bahasa Inggeris dan nama bandar raya tidak terangkum dalam 81 tempat pan-Kanada yang penting, dengan bentuk rasmi dalam kedua-dua bahasa, sebagaimana dengan kes provinsi Quebec/Québec, Quebec ialah kekecualian yang sah dan mantap dalam bahasa Inggeris (sebagaimana dengan Montreal). Begitu juga, Quebec City ialah bentuk yang umum ditemui (misalnya, sebagaimana dengan Canadian Oxford Dictionary (ISBN 0-19-541816-6, m.s. 1265)), dan digunakan khususnya untuk membezakan bandar raya daripada provinsinya. Menurut Editing Canadian English (ISBN 1-55199-045-8, m.s. 77), bentuk Québec City tidak masuk akal, baik dalam bahasa Inggeris mahupun dalam bahasa Perancis; bagaimanapun, ia digunakan oleh kerajaan perbandaran dan sumber yang lain (misalnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Québec City Jean Lesage).
- ↑ "Daerah Bersejarah Québec Lama". Warisan Dunia; UNESCO. Dicapai pada 12 Januari 2009.
- ↑ "Bandaraya Quebec Lama, Tujuh Keajaiban Kanada", cbc.ca. Dicapai pada 12 Februari 2008.