Zon Waktu Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Waktu Timur (Eastern Time, disingkat ET) di bumi hemisfera barat merupakan zon waktu yang digunakan di pantai timur Amerika Utara dan pantai barat Amerika Selatan, dengan perbezaan waktu sebesar UTC-5 selama waktu piawai atau UTC-4 selama Waktu Musim Panas. Waktu Timur dihitung berdasarkan waktu matahari rata-rata di garisan bujur 75°BB.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, zon Waktu Timur juga disebut Waktu Piawai Timur (Eastern Standard Time, disingkat EST). Selama Waktu Musim Panas, zon waktu ini disebut Waktu Musim Panas Timur (Eastern Daylight Time, disingkat EDT).

Waktu Timur secara de facto merupakan waktu piawai rasmi di Amerika Syarikat. Jaringan media kebangsaan menulis jam kejadian dan jadual televisyen berdasarkan Waktu Timur (Waktu Piawai Timur/Waktu Musim Panas Timur). Bila ditulis sebagai 10/9c, maka bermaksud pukul 10.00 malam Timur atau pukul 9.00 malam Tengah; 8/7c/5p bermaksud pukul 8.00 malam Timur, pukul 7.00 malam Tengah, dan pukul 5.00 petang Pasifik; 9/8c/9p bermaksud pukul 9.00 malam Timur, pukul 8.00 malam Tengah, dan pukul 9.00 malam Pasifik (siaran tunda untuk pemirsa di Waktu Pasifik).


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]