Bangunan Wan Muhammad Saman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bangunan ini terletak di Medan Bandar bersebelahan dengan Muzium DiRaja dan Balai Besar. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1939 dan siap pada tahun 1941 semasa pemerintahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua, bangunan ini menempatkan beberapa jabatan penting termasuklah pejabat KDYMM Tunku Sultan Kedah.

Selepas perang bangunan ini pernah dijadikan Pejabat Tanaman (Pertanian) yang diketuai oleh Tunku Yaakob, Pejabat Pelajaran (Pendidikan), Pejabat Penerangan dan juga Pejabat Tanah.

Bangunan ini juga pernah dijadikan Pejabat Daerah Kota Setar dan kini diduduki oleh Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Bangunan ini dinamakan Bangunan Wan Muhammad Saman adalah mengambil sempena jasa-jasa cemerlang yang disumbangkan oleh Dato' Wan Muhammad Saman terhadap pentadbiran Negeri ini. Beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Jika dilihat daripada struktur pembinaan bangunan ini adalah bercirikan senibina Kolonial