Bantuan:Pengenalan suntingan dengan VisualEditor/1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Membuka suntingan
Mengaktifkan mod suntingan

Asas bar alatan
Alatan penyuntingan

Pautan dan pautan wiki
Hubungkan sesama laman

Menyimpan perubahan
Menerbitkan suntingan

Mencipta rencana baharu
Menulis laman baharu dari kosong

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Berkenaan suntingan di peranti mudah alih: Kebanyakan Wikipedia lebih gemar menyunting dengan komputer kerana antaramuka suntingan adalah lebih baik di sana. Walau bagaimanapun, anda boleh saja menyuntind dengan peranti mudah alih. Lihat bagi maklumat lanjut.

Paparan antaramuka bar alatan VisualEditor.

VisualEditor ialah sebuah antaramuka visual bagi Wikipedia, berupakan konsep "apa yang dilihat, itulah yang dapat". Ia sangat mudah untuk dipelajari. Ia merupakan alternatif kepada antaramuka suntingan sumber, antaramuka suntingan primer yang berfungsi lebih seperti fail teks kosong, dan membolehkan anda meyunting teks wiki (penanda wiki) secara terus. VisualEditor agak lebih ringkas untuk digunakan, tetapi suntingan sumber kadangkala lebih cekap bagi tugasan tertentu.

Jangan takut mengeklik butang sunting!

Tutorial ini memperkenalkan asas penggunaan VisualEditor. Maklumat penuh dapat diperoleh dalam ]. Anda boleh menghidupkan VisualEditor di bahagian Suntingan di Keutamaan.

VisualEditor masih dalam peringkat, dan masih memiliki beberapa dan masalah. Paling utama, ia mengambil masa lebih lama untuk dibuka berbanding kod sumber, dan hanya ada bagi laman rencana, tetapi tidak bagi laman perbincangan. Jika anda menemui apa-apa masalah, anda boleh memberi komen dan cadangan di.

Membuka VisualEditor

Selepas anda menghidupkan VisualEditor, anda boleh menyunting satu-satu laman yang menggunakannya dengan mengeklik butang "Sunting" di atas laman. (Bagi laman panjang, ia mungkin mengambil masa beberapa saat untuk dibuka.)

Anda juga boleh membuka VisualEditor dengan mengeklik pautan "sunting" di mana-mana seksyen rencana. Anda juga boleh menukar sama ada antaramuka VisualEditor dengan teks wiki ketika menyunting kebanyakan laman.