Beh Suat Pheng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beh Suat Pheng ( Khoo Suat Pheng ) adalah penerima Anugerah Serikandi Pandu Puteri 2004.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beh Suat Pheng bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Bintang dan Sekolah Menengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Kapten sekolah pada tahun 1959.

Pada umur 31, suaminya meninggal dunia dan beliau menjadi ibu tunggal. Beliau menyara dan mendidik tiga anak perempuannya sehingga ke peringkat universiti. Kini beliau mempunyai 4 orang cucu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi setiausaha di EMI Recording Company seterusnya Timbalan Pengarah Kanan di EMI Music, Asia Tenggara .Kemudian menjadi Pengarah Pengurusan EMI selama 17 tahun dan Timbalan Pengarah Kanan Syarikat EMI Music, Asia Tenggara selama 4 tahun. Beliau adalah pengasas dan Timbalan Pengarah Music Authors Copywrite Protection,Recording Industry of Malaysia dan Public Performance Malaysia.

Pandu Puteri[sunting | sunting sumber]

Pada 1960, beliau menerima Anugerah Pandu Puteri Raja daripada Ketua Pandu Puteri Sedunia, Lady Baden Powell sewaktu Lady Baden Powell melawat Malaysia. Beliau aktif dalam Patrol Matahari di Pasukan Pandu Puteri ke 12, Kuala Lumpur. 1958 beliau menyertai rombongan Malaysia ke Kem Pandu Puteri Antarabangsa di Australia.

Beliau menjadi Bendahari Kehormat selama 3 tahun di Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor. Kemudian Bendahari Kehormat dalam Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan sehingga kini.

Beliau adalah pandu puteri yang boleh menjadi “role model” untuk wanita. Beliau bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya bahkan telah memberi khidmat sukarelanya kepada Persatuan Pandu Puteri.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beh Suat Pheng menerima pingat PJK oleh Kerajaan Negeri Selangor (1978) dan Pingat Bintang Kehormat (1992) oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Beliau juga adalah ahli Soroptormist Kuala Lumpur,iaitu persatuan wanita professional yang melibatkan diri dalam projek-projek kemasyarakatan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-14. Dicapai pada 2011-10-16.