Bendera Emiriah Arab Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 1:2

Bendera Emiriah Arab Bersatu diperkenalkan pada 2 Disember 1971.

Bendera ini berdasarkan Bendera Pemberontakan Arab yang dicipta pada 1916 dan dikibarkan oleh pendukung nasionalisme Arab sewaktu perjuangan untuk kebebasan dari perintah kerajaan Uthmaniyyah.

Merah, putih, hijau dan hitam digelar warna seluruh bangsa Arab (pan-Arab colours) dan menurut sejarah telah dikaitkan dengan bangsa Arab dan agama Islam untuk beberapa abad. Warna-warna tersebut melambangkan kesatuan dan kemerdekaan orang Arab dan dapat ditemui di bendera-bendera negara Timur Tengah yang lain.