Bendera Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Eropah, nisbah 2:3
Perkadaran bendera Eropah

Bendera Eropah terdiri daripada sebuah bulatan dua belas bintang keemasan dengan latar belakang biru.

Walaupun bendera ini seringkali dihubungkan dengan Kesatuan Eropah (EU), ia pada mulanya digunakan oleh Majlis Eropah (COE), dan dirancang untuk mewakili Eropah secara keseluruhan dan bukan mana-mana pertubuhan seperti EU atau COE.

Bendera ini pada awalnya diambil oleh Majlis Eropah pada 8 Disember 1955 daripada salah satu reka bentuk Arsène Heitz. Komuniti Eropah pula menggunakannya pada 26 Mei 1986. Kesatuan Eropah yang menggantikan Komuniti Eropah meneruskan penggunaan bendera ini. Sejak itu, semua penggunaan bendera ini dikawal bersama oleh COE dan EU.

Bendera ini muncul pada semua wang kertas Euro, manakala semua duit syiling Euro mempunyai bintang-bintangnya.