Bendera Kepulauan Cook

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 1:2

Bendera Kepulauan Cook berdasarkan rekabentuk tradisional bendera-bendera jajahan United Kingdom di kawasan Pasifik. Ia terdiri daripada bendera United Kingdom di bahagian atas sebelah kiri dan di bahagian bawah, 15 butir bintang yang dibentuk secara bulatan. Bintang-bintang tersebut melambangkan 15 buah pulau yang membentuk Kepulauan Cook. Warna biru melambangkan lautan.