Bendera Turkmenistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
FIAV 111000.svg Nisbah: 2:3

Bendera Turkmenistan dirasmikan pada 24 Januari 2001. Ia sering dilabel sebagai bendera kebangsaan paling terperinci.

Bendera ini terdiri dari latar belakang hijau dengan jalur merah menegak berhampiran belah bendera diikat. Jalur ini mengandungi lima motif karpet (mewakili lima kaum utama) yang disusun di atas dua ranting zaitun. Di sebelah jalur di bahagian tengah atas bendera terdapat bulan sabit berwarna putih (simbol biasa orang Turkik) dan lima bintang berbucu lima (melambangkan lima wilayah di Turkmenistan).