Bon put

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bon put ialah gabungan bon biasa dengan opsyen put terbenam.[1] Pemegangnya mempunyai hak tetapi bukan kewajiban untuk menuntut pembayaran balik jumlah pokok. Opsyen put biasanya dilaksanakan pada tarikh-tarikh yang tertentu.

Jenis bon ini melindungi pelabur. Jika kadar faedah naik selepas pembelian bon, nilai masa depan bayaran kupon akan turun. Justera, para pelabur menjual balik bon tersebut kepada pengeluar lalu menggunakan wang itu untuk memberi pinjaman kepada pihak lain pada kadar yang lebih tinggi. Para pemegang bon membayar perlindungan tersebut menerusi penerimaan kadar hasil yang lebih rendah, berbanding dengan bon biasa.

Sudah tentu, jika sesebuah syarikat (atau entiti) mengalami krisis kecairan yang teruk, ia mungkin tidak berupaya menebus bon apabila pelabur ingin menjualnya. Para pelabur juga tidak boleh menjual balik bon itu pada bila-bila masa sahaja, tetapi hanya boleh berbuat demikian pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Bagaimananpun, mereka masih berada dalam keadaan yang menguntungkan berbanding dengan pemegang bon bukan put yang tidak mempunyai sebarang hak melainkan menerima 'bayaran faedah dan pokok tepat pada masanya' (yang mungkin bermakna berdekad-dekad kemudian untuk mendapat balik semua wang mereka).

Tingkah laku harga bon put berlawanan dengan bon boleh panggil. Oleh sebab opsyen boleh panggil dan opsyen put tidak saling menyingkir, sesuatu bon boleh mempunyai kedua-dua opsyen terbenam.

Penentuan harga[sunting | sunting sumber]

Harga bon put = Harga bon biasa + Harga opsyen put

  • Harga bon put selalunya lebih tinggi daripada bon biasa kerana opsyen put menambahkan nilai kepada pelabur;
  • Kadar hasil bon put lebih rendah daripada hasil bon biasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]