Bunuh diri di Sri Lanka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bunuh diri di Sri Lanka merupakan antara penyebab utama kematian tidak wajar (unnatural death) dan isu sosial yang serius.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan dalam sebuah seminar oleh Dr. Neil Fernando, Ketua Institut Kebangsaan Kesihatan Mental pada September 2011, kira-kira 4,000 orang meninggal dunia akibat bunuh diri di Sri Lanka. Statistik Fernando menunjukkan majoriti mangga berusia 15 hingga 44 tahun.[1] Menurut statistik dari Pejabat Pendaftaran Umum, ketika kemerdekaan (1948) kadar bunuh diri di Sri Lanka adalah 9 per 100,000 orang. Pada tahun 1970-an, angka ini meningkat kepada 19 per 100,000 orang, 33 per 100,000 pada pertengahan 1980-an dan ia kekal statik selepas itu. [2]


Kadar bunuh diri[sunting | sunting sumber]

Kumpulan umur Kadar bunuh diri/1,000 populasi
1950 1970 1975 1980 1986 1989 1996 1999
=<14 - 0.01 0.01 0.02 0.01 0.02 0.02 0.02
15-24 0.10 0.42 0.38 0.63 0.63 0.55 0.45 0.41
25-44 0.09 0.27 0.25 0.40 0.48 0.49 0.47 0.49
45-64 0.10 0.24 0.23 0.28 0.34 0.37 0.35 0.38
65-74 0.21 0.44 0.41 0.40 0.49 0.47 0.55 0.55
75+ 0.37 0.50 0.75 0.78 0.74 0.56 11.23 0.67
Sumber: Registrar General's Office[2]

Kaedah bunuh diri[sunting | sunting sumber]

Kaedah bunuh diri biasa yang digunakan termasuklah:

  • Melompat ke arah kereta api yang sedang berjalan
  • Meminum racun serangga
  • Mencekik diri
  • Terjun ke dalam air
  • Terjun dari tempat tinggi
  • Menggunakan senjata api
  • Meminum asid, bahan bakar atau dadah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sri Lanka suicide rate one of the world's highest". World Socialist Web Site. Dicapai pada 16 November 2012.
  2. ^ a b "Social Conditions of Sri Lanka" (PDF). Statistics.gov. m/s. 14–16. Dicapai pada 16 November 2012.