C4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menyediakan bahan letupan C-4

C-4 atau Komposisi C-4 merupakan satu jenis bahan letupan plastik pelbagai yang biasa untuk tujuan ketenteraan.

Perkataan komposisi digunakan untuk apa-apa bahan letupan yang stabil, dan "Komposisi A" dan "Komposisi B" adalah jenis lain yang diketahui. C-4 lebih berkesan 1.34 kali sebagai letupan berbanding trinitrotoluena (TNT). Ia berjaya menarik populariti disebabkan oleh pendedahan media termasuklah filem-filem dan permainan video.

Penggunaan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Apabila pasukan tentera atau syarikat perobohan komersil menggunakan C-4, biasanya 3–5 kg C-4 digunakan untuk memusnahkan batang keluli segi empat 8-inci (200 mm). Kuantiti ini lebih dari yang diperlukan, untuk memastikan tugas berjaya disempurnakan.

Disebabkan C-4 terbakar dengan perlahan jika dinyalakan, dan perlu diletupkan dengan bahan letupan lain untuk digunakan sebagai bahan letupan, kadang-kadang ia digunakan tentera sebagai bahan api dalam kuantiti yang sedikit semasa Perang Vietnam. Walaupun pada amnya ia selamat digunakan dengan cara ini, terdapat beberapa anekdot mengenai askar yang cuba memadamkan api dengan menghentakkan kaki menyebabkannya meletup [1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. DavidPye Website

Pautan[sunting | sunting sumber]