CAPTCHA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh CAPTCHA

CAPTCHA atauCaptcha adalah suatu bentuk uji cabaran-tanggapan(challange-response test) yang digunakan dalam perkomputeran untuk memastikan bahawa jawapan tidak dihasilkan oleh suatu komputer. Proses ini biasanya melibatkan suatu komputer (pelayan) yang meminta seorang pengguna untuk menyelesaikan suatu uji sederhana yang dapat dihasilkan dan dinilai oleh komputer tersebut. Kerana komputer lain tidak dapat menyelesaikan CAPTCHA, pengguna mana-mana yang boleh memberikan jawapan yang benar akan dianggap sebagai manusia. Oleh sebab itu, uji ini kadang disebut sebagai uji Turing balik, kerana dikendalikan oleh mesin dan ditujukan untuk manusia, kebalikan dari uji Turing standard yang biasanya dikendalikan oleh manusia dan ditujukan untuk suatu mesin. CAPTCHA umumnya menggunakan huruf dan nombor dari citra terdistorsi yang muncul di paparan.

Istilah "CAPTCHA" (berasal dari kata bahasa Inggeris "capture" atau menangkap) dicipta pada tahun 2000 oleh Luis von Ahn, Manuel Blum, Nicholas J. Hopper (semua dari Carnegie Mellon University), dan John Langford (IBM). Istilah ini adalah akronim Bahasa Inggeris dari "Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart" (Uji Turing Umum Terotomatisasi Penuh untuk membezakan Komputer dan Manusia). Carnegie Mellon University berupaya mematenkan istilah ini [1], tapi aplikasi cap dagang mereka dibatalkan pada 21 April 2008 [2]. Saat ini pencipta CAPTCHA menganjurkan penggunaan recaptcha sebagai pelaksanaan rasmi [3].

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Computer Literacy Tests: Are You Human?". Time (majalah). 
  2. / tarr? regser = siri & entry = 78500434 "Latest Status of CAPTCHA Trademark Application". USPTO. 2008-04-21. Diperoleh pada 2008-12-21. 
  3. "recaptcha homepage". Captcha.net. Diperoleh pada 2008-12-21.