California Kelabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
California Kelabu
Nama lainProduksi hitam[1]
Negara asalAmerika Syarikat
Ciri-ciri
BeratJantan: 2.5 kg (5.5 lb)[2]
 Betina: 2.0 kg (4.4 lb)[2]
Warna telurputih
Klasifikasi
APAtidak tersenarai[3]
Ayam
Gallus gallus domesticus

California Kelabu adalah satu baka ayam yang berasal dari California, Amerika Syarikat pada tahun 1930an. Ia mula dibiakkan oleh Horace Dryden di Modesto, California.[4]:432 Tujuan beliau adalah untuk menghasilkan satu baka dual-guna yang sesuai untuk industri pengeluaran daging dan menghasilkan telur putih bersaiz besar. Beliau telah mengacukkan seekor ayam jantan Plymouth Rock Berbelang dengan ayam betina Leghorn Putih. Kacukan baka-baka ini telah menghasilkan satu baka penjantinaan automatik dengan bulu berbelang kelabu (bagi ayam dewasa). Di sebabkan baka ini tidak pernah diiktiraf secara rasmi oleh Persatuan Unggas Amerika untuk pertunjukan, California Kelabu adalah baka yang jarang dibiakkan pada kurun ke-21.[2] Ia tidak tersenarai sebagai senarai keutamaan pemuliharaan oleh Livestock Conservancy.[5]

Ayam jantan California Kelabu yang dikacukkan dengan ayam betina Leghorn Putih telah menghasilkan hibrid pautan seks komersial California Putih, dan mungkin dikenali sebagai "produksi hitam".[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Gail Damerow (2012). The Chicken Encyclopedia: An Illustrated Reference. North Adams, MA: Storey Publishing. ISBN 9781603425612. p. 47.
  2. ^ a b c Carol Ekarius (2007). Storeys Illustrated Guide to Poultry Breeds. North Adams, MA: Storey Publishing. ISBN 9781580176682. p. 47.
  3. ^ APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  4. ^ Janet Vorwald Dohner (2001). The Encyclopedia of Historic and Endangered Livestock and Poultry Breeds. New Haven, Connecticut; London: Yale University Press. ISBN 0300088809.
  5. ^ Conservation Priority List. The Livestock Conservancy. Accessed August 2014.