Cat akrilik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cat akrilik.
Cat akrilik merah.
Perincian lukisan akrilik menunjukkan penamat yang menyerupai kedua-dua cat air dan minyak.

Cat akrilik adalah cat cepat kering yang mengandungi pigmen pewarna teramapai dalam larutan emulasi resin akrilik. Cat akrilik boleh dilarutkan dengan air, tetapi menjadi tahan air apabila kering. Bergantung kepada banyak mana cat dilarutkan (dengan air) atau diubah suai dengan gel akrilik, media, atau pes, lukisan akrilik yang disiapkan mampu menyerupai cat air atau lukisan minyak, atau memiliki ciri-cirinya yang unik yang tidak dapat dicapai melalui media lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seawal 1934 resin akrilik boleh digunakan pertama kali dibangunkan oleh syarikat kimia Jerman BASF, yang dipaten oleh Rohm and Haas. Antara 1946 dan 1949, Leonard Bocour dan Sam Golden mencipta larutan cat akrilik di bawah jenama Magna paint. Ini merupakan cat berasaskan alkohol galian ("mineral spirits").[1] Akrilik dijual secara dagangan pada 1950-an. Cat larut air akrilik yang dikenali sebagai "Aquatec" kemudian menyusul.[2] Otto Rohm mencipta resin akrilik, yang dengan cepat ditukarkan menjadi cat akrilik. Pada tahun 1953, tahun di mana Rohm dan Haas membangunkan rumusan akrilik pertama, Jose L. Gutierrez menghasilkan Politec Acrylic Artists' Colors di Mexico, dan Permanent Pigments Co. of Cincinnati, Ohio, menghasilkan warna Liquitex. Dua keluaran ini merupakan cat pelukis emulasi akrilik pertama.[3] Cat akrilik berasaskan air kemudiannya dijual sebagai cat rumah latex, kerana latex merupakan istilah teknikal bagi mengapaikan zarah halus polimer dalam air. Cat rumah latex dalam cenderung memiliki gabungan pengikat (kadang kala akrilik, vinyl, pva, dan yang lain), bahan penambah, pigment, dan air. Cat rumah latex luar mungkin juga campuran bersama polimer, tetapi cat berasaskan air luaran terbaik adalah 100% akrilik, disebabkan faktor kelenturan dan yang lain, tetapi nilai vinyl separuh dari kos resin akrilik 100 peratus, dan PVA (polyvinyl acetate) jauh lebih murah, dengan itu syarikat cat membuat banyak gabungan bagi memenuhi permintaan pasaran.[4]

Tidak lama selepas pengikat akrilik berasaskan air diperkenalkan sebagai cat rumah, artis dan syarikat bersama-sama mula mencuba potensi bahan pengikat yang baru. Cat akrilik artis larut air mula dijual secara dagangan pada 1950-an, ditawarkan oleh Liquitex, dengan cat kepekatan tinggi sama dengan apa yang dihasilkan masa kini erdapat pada awal 1960-an.[5] Pada tahun 1963, Rowney (kini sebahagian dari Daler-Rowney sejak tahun 1983) merupakan pengilang pertama yang memperkenalkan warna akrilik artis di Eropah, di bawah jenama Cryla.[6]

Teknik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Teknik lukisan akrilik
Cat akrilik neon diterangi oleh cahaya UV. Lukisan oleh Beo Beyond

Cat akrilik dengan kemasan berkilaian ("gloss") atau pudar ("matte") adalah biasa, sungguhpun kilauan satin (semi-matte) adalah yang paling biasa, dengan beberapa jenama mempamerkan pelbagai contoh (contohnya, cat bentuk berat daripada Golden, Liquitex, Winsor & Newton dan Daler-Rowney). Akrilik Politec adalah matte sepenuhnya. Seperti minyak, jumlah pigmen dan saiz zarah atau bentuk secara semulajadi boleh membentuk kesan kilauan cat. Agen pemudar juga boleh ditambah semasa pembuatan untuk memudarkan cat. Artis boleh mencampurkan media dengan cat mereka dan menggunakan sapuan atas varnis untuk mengubah atau menyatukan kilauan jika dikehendaki.

Cat akrilik artis boleh dicairkan dengan air dan digunakan sebagai cat luntur sama dengan cara cat air, tetapi tidak basah semula apabila kering. Atas sebab ini, akrilik tidak mudah digunakan bagi teknik kacukan warna seperti yang dilakukan menggunakan cat air berasaskan gam arab.

Apabila kering, cat akrilik pada umumnya tidak tanggal dari permukaan yang kukuh. Air atau pelarut lemah tidak mampu melarutkan semulanya, sungguhpun alkohol isopropyl mampu menaggalkan sesetengah lapisan cat baru. Toluena dan aseton mampu menyingkirkan lapisan cat, tetapi ia tidak menanggalkan kesan cat dengan baik dan tidak sekata. Penggunaan pelarut untuk mengeluarkan cat menyebabkan penyingkiran kesemua lapisan cat, gesso akrilik, dll. Minyak mampu menyingkirkan cat akrilik daripada kulit. [6] Instructions accessed December 08, 2010</ref>

Hanya gesso akrilik gred artis yang betul patut digunakan untuk penyediaan kanvas utama dalam persediaan untuk melukis menggunakan akrilik (Walau bagaimanapun, cat akrilik boleh digunakan untuk kanvas mentah jika memerlukan sedemikian tanpa apa-apa kesan negatif atau reaksi kimia sebagaimana dengan cat minyak). Ia adalah penting untuk mengelakkan unsur-unsur tidak-stabil atau bukan kekal pada gesso apabila digunakan. Walau bagaimanapun, kelikatan akrilik boleh dikurangkan dengan menggunakan pelanjut sesuai bagi mengekalkan integriti lapisan cat. Terdapat perencat untuk melambatkan pengeringan dan melanjutkan masa kebolehkerjaan dan kepantasan aliran untuk meningkatkan keupayaan campuran warna.

Pelukis dan akrilik[sunting | sunting sumber]


Sebelum abad ke-19, artis mengadun cat mereka sendiri, yang membolehkan mereka untuk mendapatkan warna yang dikehendaki dan mengawal ketebalan dan penggunaan pengisi, jika ada. Walaupun media yang sesuai dan pigmen mentah boleh didapati untuk pengeluaran individu cat akrilik, pencampuran tangan mungkin tidak praktikal kerana tempoh masanya yang cepat kering dan isu-isu teknikal yang lain.

Pelukis akrilik boleh mengubah penampilan, kekerasan, kelenturan, tekstur, dan ciri-ciri lain permukaan cat dengan menggunakan media akrilik atau hanya dengan menambah air. Pelukis cat air dan minyak turut menggunakan pelbagai media, tetapi kumpulan media akrilik adalah lebih besar. Acrylics mempunyai keupayaan untuk mengikat dengan permukaan yang berbeza, dan media boleh digunakan untuk menyesuaikan ciri-ciri yang mengikat mereka. Akrilik boleh digunakan di atas kertas, kanvas dan pelbagai bahan lain. Walau bagaimanapun, penggunaan mereka pada kayu buatan seperti papan serat berkepadatan sederhana boleh menimbulkan masalah kerana sifat poros permukaan mereka. [7] Dalam kes ini, adalah disyorkan agar permukaan mula-mula ditutup dengan bahan penutup yang sesuai. Akrilik boleh digunakan dalam lapisan nipis atau pudar bagi mewujudkan kesan yang menyerupai cat air dan media berasaskan air lain. Ia juga boleh digunakan untuk membina lapisan cat gel tebal dan media pes acuan kadang-kala digunakan untuk menghasilkan lukisan dengan ciri-ciri patung yang menyerupai arca. Cat akrilik juga digunakan dalam hobi seperti model kereta api, kereta, rumah, dan model manusia. Orang yang membuat model sering menggunakan cat akrilik untuk membina ciri-ciri muka pada anak patung atau menimbulkan butiran model jenis lain. Cat akrilik mudah dikeluarkan daripada berus cat atau kulit menggunakan air, tidak seperti cat minyak yang memerlukan penggunaan pelarut hidrokarbon.

Cat akrilik merupakan cat yang paling biasa digunakan dalam grattage . Grattage merupakan teknik surrealist yang menjadi popular dengan pengeluaran cat akrilik. Acrylics digunakan untuk tujuan ini kerana mereka dengan mudah dikikis atau ditanggalkan dari permukaan.[8]

Gred[sunting | sunting sumber]

Cat akrilik komersial dijual dalam tiga gred: "Artis" (atau "Profesional"), "Pelajar" (atau "studio"), dan "Scholastic".

  • Akrilik Artist direka dengan artis profesional dalam fikiran. Berpigmen tebal dengan memberi tumpuan kepada warna pigmen tunggal untuk keputusan campuran yang jelas, ia cenderung untuk mempunyai kelikatan yang sama dengan cat minyak dan dengan itu boleh mengekalkan sapuan berus untuk penggunaan teknik impasto. Akrilik boleh digunakan ke atas kanvas, papan, kertas, panel, kayu, dan beberapa permukaan lain.
  • Akrilik pelajar memiliki ciri-ciri pengunaan sama seperti akrilik artis profesional, tetapi dengan kepekatan pigmen yang lebih rendah, formula lebih murah, dan kepelbagai warna yang lebih kecil. Pigmen lebih mahal biasanya ditiru oleh pencahayaan. Warna direka untuk campuran, sungguhpun kegelapan warna adalah lebih rendah. Warna mungkin tidak mempunyai ciri-ciri pencampuran warna kekuatan penuh yang sama.
  • Akrilik Scholastic menggunakan pigmen murah termasuk pewarna dalam rumusan yang selamat untuk kegunaan artis-artis muda, dan murah untuk kegunaan bilik darjah. Kepelbagai warna adalah terhad kepada warna primer dan kedua biasa, dan pigmen sebenar adalah tidak dinyatakan. Kerana akrilik akademik menggunakan pewarna serta pigmen, pengekalan warna mungkin tidak sebegitu baik.

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

  • Akrilik Kraf boleh digunakan pada permukaan selain kanvas, seperti kayu, logam, fabrik, dan seramik. Ia digunakan dalam teknik lukisan hiasan dan kemasan palsu, sering menghiasi objek kegunaan biasa. Sungguhpun warna boleh dicampur, pigmen dalamnya sering tidak dinyatakan. Setiap baris warna dirumuskan bukannya untuk mencapai pelbagai warna pra-campuran.
  • Akrilik tebal' biasanya ditemui pada cat gred Artis dan Gred Pelajar, ia merupakan adalah pilihan terbaik untuk impasto atau penggunaan cat tebal. Ketebalan ("Heavy Body") merujuk kepada kelikatan atau ketebalan cat. Mereka akan mengekalkan sapuan berus atau pisau dan malah puncak keras sederhana. Gel Serdahana juga terdapat dalam Pekat dan Amat Pekat ("Super Heavy") untuk membantu mengeraskan kelikatan cat lebih cair.
  • Akrilik interaktif dan terbuka telah dihasilkan untuk menangani salah satu perbezaan utama antara cat minyak dan cat akrilik, masa kegunaan dipendekkan bagi cat akrilik. Direka dengan perencat, medium lambat kering, atau medium proprietari lain yang membolehkan cat dibuka semula, cat mungkin mengambil mana-mana antara beberapa jam sehingga beberapa hari, atau beberapa minggu untuk benar-benar kering.
  • Akrilik cair, atau akrilik aliran lembut, mempunyai kelikatan yang lebih rendah tetapi secara umumnya mempunyai pigmentasi berat yang sama dengan akrilik likat. Didapati sama ada dalam kualiti Artist atau kualiti Kraf, terdapat akrilik cecair bagi setiap peringkat seni dan belanjawan. Cat ini yang terbaik untuk teknik cat air, penggunaan airbrush, atau apabila liputan licin dikehendaki. Campurkan akrilik cair dengan mana-mana satu medium untuk memekatkan mereka untuk kerja-kerja impasto atau mencairkannya untuk aplikasi sepuhan.
  • Berkilauan, mutiara dan warna akrilik gangguan menggabungkan pigmen konvensional dengan serbuk mika ( aluminium silikat ) atau serbuk gangsa untuk menghasilan kesan yang kompleks. Warna memiliki ciri-ciri cermin atau berkilauan, bergantung kepada kasar atau kehalusan serbuk. Warna berkilauan digunakan bagi kedua-dua seni halus dan kraf.
  • Gouache akrilik adalah seperti gouache tradisional dalam yang kering untuk kemasan matte dan legap. Walau bagaimanapun, tidak seperti gouache tradisional, pengikat akrilik dalam gouache akrilik menjadikan ia kalis air apabila kering. Seperti akrilik kraf, ia akan melekat pada pelbagai permukaan selain kanvas dan kertas. Cat ini biasanya digunakan oleh pelukis cat air, pelukis kartun, pelukis ilustrasi, dan untuk penggunaan seni hiasan atau seni rakyat.
  • Akrilik luar adalah cat yang mampu menahan keadaan di luar. Seperti akrilik kraf, ia melekat pada banyak jenis permukaan. Ia lebih tahan air dan tahan cahaya ultraungu. Ini menjadikan ia akrilik pilihan bagi mural seni bina, papan tanda luar, dan banyak kemasan akhir palsu.

Perbezaan antara cat akrilik dan minyak[sunting | sunting sumber]

Sapuan akrilik.jpg

Pembawa dan pengikat cat minyak adalah minyak biji rami ("linseed") atau minyak boleh kering lain, sementara air bertindak sebagai pembawa bagi emulsi (pengapung) bagi polimer akrilik iaitu pengikat dalam cat akrilik. Dengan itu, cat minyak disebut sebagai "asas minyak", sementara cat akrilik adalah "berasaskan air" (atau kadang kala "bawaan air").

Perbezaan pratikal utama antara kebanyakan cat akrilik dan cat minyak adalah tempoh pengeringan. Minyak membenarkan lebih banyak masa untuk mencampurkan warna malah menyepuh atas lukisan bawah ("underpaintings"). Aspek lambat kering minyak ini boleh dilihat sebagai kelebahan bagi teknik tertentu, tetapi dari segi lain ia menghalang artis dari berkerja dengan cepat. Penyejatan air yang lebih pantas bagi lapisan cat akrilik biasa boleh dilambatkan dengan penggunaan perencat akrilik. Perencat biasanya penambah glycol atau berasaskan glycerin. Penambahan perencat melambatkan kadar penyejatan air.

Cat minyak mungkin memerlukan pengunaan pelarut seperti alkohol galian atau turpentine bagi mencairkan cat dan pembersihan; ini biasanya memiliki tahap toksid tertentu dan sering kali found objectionable. (Agak baru, cat campuran air ("water-miscible" telah dibangunkan bagi kegunaan artis.) Lapisan cat minyak boleh menjadi semakin rapuh dan kuning mengikut masa dan kehilangan kebanyakan kekenyalan mereka dalam tempoh beberapa dekad. Tambahan lagi, aturan "lemak mengatasi kurang ("fat over lean") perlu digunakan bagi memastikan lapisan cat tahan.

Cat minyak memiliki muatan pigment lebih tinggi berbanding cat akrilik. Oleh kerana minyak biji rami memiliki molekul lebih kecil berbanding akrilik, cat minyak mampu menyerap lebih banyak pigment.[9] Minyak memberikan indeks pantulan berbeza (kurang jelas) berbanding taburan akrilik, memberikan unik "rupa dan rasa" pada lapisan cat yang terhasil.[9] Tidak semua pigment dalam minyak ada dalam akrilik. Biru Prussian baru ditambah pada warna akrilik. Cat akrilik, tidak seperti minyak, boleh juga floresan.

Oleh kerana sifat akrilik yang lebih lentur dan masa pengeringan yang lebih konsisten antara warna, pelukis tidak perlu mengikuti peraturan lukisan minyak, di mana medium perlu digunakan untuk setiap lapisan untuk mengelakkan retak. Walaupun kanvas perlu bersaiz dan disediakan terlebih dahulu sebelum melukis dengan minyak (jika tidak kanvas akhirnya akan reput), akrilik boleh digunakan dengan selamat pada kanvas mentah. Pengeringan pantas cat akrilik cenderung tidak menggalakkan pengadunan warna dan teknik penggunaan cat basah-dalam-basahsebagaimana lukisan minyak. Walaupun perencat akrilik boleh melambatkan masa pengeringan untuk selama beberapa jam, ia masih merupakan medium yang agak cepat-tempoh pengeringan, dan penambahan perencat akrilik yang terlalu banyak boleh mengelakkan cat dari kering dengan betul.

Pada masa yang sama, cat akrilik adalah sangat melentur, yang mampu menghalang keretakan daripada berlaku. Pengikat cat akrilik adalah emulsi polimer akrilik; kerana ketika pengikat ini kering cat mengekalkan kelenturan. [10]

Satu lagi perbezaan antara cat minyak dan cat akrilik adalah kepelbagaian yang ditawarkan oleh cat akrilik - akrilik adalah sangat berguna dalam media campuran, membenarkan penggunaan pastel (minyak & kapur), arang, pen, dan lain-lain di atas permukaan kering dicat akrilik. Mencampurkan bahan-bahan lain dalam akrilik adalah boleh - pasir, beras, pasta juga boleh dimasukkan ke dalam karya seni. Artis pencampuran atau dengan cat akrilik kualiti pelajar dengan emulsi akrilik isi rumah juga boleh, membenarkan penggunaan tints pra-campuran terus dari tiub atau tin, memberikan pelukis dengan pelbagai warna yang luas untuk kegunaannya.

Kepelbagaian ini juga digambarkan dalam pelbagai kegunaan seni tambahan yang akrilik berikan pada artis. Akrilik khusus telah dihasilkan dan digunakan untuk percetakan blok linolium (dakwat percetakan blok akrilik telah dihasilkan oleh Derivan sejak awal 1980-an), lukisan muka, airbrushing, teknik cat air, dan percetakan skrin kain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Terry Fenton online essay about Kenneth Noland, and acrylic paint, accessed April 30th, 2007
  2. "A History of GOLDEN Artist Colors, Inc.". Golden Artist Colors, Inc.. http://www.goldenpaints.com/company/history.php. 
  3. Painting With Acrylics (Watson-Guptill publications)
  4. "Water-based Alchemy by Dean Sickler". http://dundean.com/tips_what_is_latex_paint.shtml. Capaian August 11, 2012. 
  5. The History of Liquitex Acrylic Art Materials [1] History Timeline of Liquitex, accessed December 06, 2010
  6. "Art Materials". Daler Rowney. 2012-02-15. http://www.daler-rowney.com/. Capaian 2013-02-05. 
  7. Sealing, Staining, and Filling [2] Wood Finishing and Refinishing accessed December 08, 2010
  8. Grattage [3] Art Techniques accessed December 08, 2010
  9. 9.0 9.1 What is Acrylic Paint? [4] History and Techniques, accessed December 08, 2010
  10. Acrylic Paint Common Questions [5] Technical Summary of Acrylic Paint accessed December 06, 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]