Catia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rekaan Permesinan Prismatik menggunakan Catia V5

CATIA adalah sebuah perisian tiga dimensi yang digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat besar seperti Daimler Chrysler, Marquardt dan sebagainya untuk mereka cipta produk keluaran mereka. Catia telah mempunyai beberapa revolusi dari versi pertamanya sehingga ke versi terkini, versi 5 atau lebih dikenali sebagai Catia V5.

Perisian ini adalah rekaan Dassault System yang mengeluarkan juga beberapa perisian dua dimensi dan tiga dimensi yang lain. Antara yang paling popular adalah perisian Solid Works.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1974[1] Lockheed telah memperkenalkan perisian pertamanya bertajuk CADAM (Computer-Augmented Drafting and Manufacturing), sistem yang memproses CAD/CAM dalam bentuk dua dimensi. Kemudian pada tahun 1975, Avions Marcel Dassault (AMD) telah menjadi pelanggan pertama kepada CADAM. Pada tahun 1976, IBM telah menjual, memperdagangkan dan membantu CADAM. AMD telah membangunkan perisian CAD/CAM di dalam tiga dimensi yang telah dikenali sebagai CATIA (Computer-Aided Three-Dimensional Interactive Application) pada tahun 1977. Pembangunan Catia tidak berhenti di tahap itu sahaja, pada tahun 1981, kerjasama antarabangsa telah diwujudkan dengan IBM selaku pihak yang akan memasarkan, mengiklankan dan menguruskan produk tersebut. Pada tahun ini juga, Catia telah di gunakan untuk perusahaan automobil seperti BMW, Mercedes dan Honda.

Pada tahun 1982, buat pertama kalinya Catia melancarkan versi pertamanya yang merupakan tambahan kepada reka kreatif 3D, model permukaan dan pengaturcaraan NC. Dua tahun kemudian, Catia telah melancarkan versi kedua yang telah menggabungkan fungsi 2D dan 3D. Catia telah menjadi perisian utama di dalam perekaan aeronotik. Pada tahun 1986, Catia telah berjaya menambat Boeing untuk menggunakan perisian mereka. Empat tahun selepas versi kedua dilancarkan, Catia telah melancarkan versi ketiganya pada tahun 1988, dimana versi ini telah dilengkapi dengan fungsi AEC yang boleh digunakan diatas pelantar Linux atau Mainframe. Pada tahun yang sama, Catia telah berjaya menambat pasaran rekaan automobil antarabangsa.

Pada tahun 1992, CADAM telah dibeli daripada IBM dan telah sehubungan itu, Dassault Systèmes of America Corp telah diwujudkan. 1993 Catia-Cadam versi keempat telah diperkenalkan. Dassault Systèmes Kabushiki Kaisha (DS K.K.) di Tokyo, Jepun telah dibina pada tahun 1994. Seterusnya rentetan pembangunan Catia telah berkembang dan pada tahun 1998 Catia versi 5 telah dilancarkan dan versi ini boleh digunakan untuk pelantar UNIX dan Windows NT.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Catia versi 5 atau pun Catia V5 adalah versi terkini yang terdapat di pasaran, walaupun banyak versi kecil di bawah Catia V5 ini, namun buat masa ini masih belum wujud versi keenam dan seterusnya. Catia V5 ini adalah perisian 3Dimensi atau 2Dimensi yang sangat berguna untuk pembangunan atau rekaan model-model baru yang akan di pasarkan. Bermula dari rekaan 3D sehinggalah simulasi pergerakan rekaan tersebut. Semuanya boleh di buat menggunakan perisian Catia V5 ini. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan seperti pengiraan kekuatan produk menggunakan pelbagai jenis bahan dan sebagainya.

Sehingga hari ini, terdapat ramai syarikat-syarikat besar yang beralih menggunakan Catia untuk tujuan rekaan produk-produk mereka. Ini adalah kerana kemudahan untuk mengendalikan perisian ini disamping dilengkapi dengan PLM yang merupakan perisian lain yang akan membolehkan semua rekaan di simpan di dalam sistem syarikat dan model boleh dikendalikan dan diubahsuai dalam masa yang sama oleh beberapa orang jurutera atau jurureka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.3ds.com/corporate/about-us/group-profile/history/