Chiquita Brands International

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chiquita Brands International Inc.
Jenis Awam
Didagangkan sebagai NYSE: CQB
Industri Pertanian
Ditubuhkan 1863
Ibu pejabat Charlotte, Carolina Utara, A.S.
Perancang utama Edward F. Lonergan, Presiden dan CEO
Produk Keluaran pertanian
Hasil $3.07 bilion USD (2012)
Pendapatan bersih $405 juta USD (2012)
Pekerja 20,000
Laman web www.chiquita.com

Chiquita Brands International Inc. ialah satu syarikat pengeluar dan pengedar pisang dan hasil keluaran pertanian lain yang berpusat di Amerika Syarikat. Syarikat ini mengendalikan beberapa nama jenama subsidiari, termasuk jenama kemegahan Chiquita dan salad Fresh Express. Chiquita ialah pengedar utama pisang di Amerika Syarikat. Ibu pejabat Chiquita kini terletak di Charlotte, Carolina Utara.[1]

Chiquita ialah pengganti United Fruit Company. Sebelum ini ia dikawal oleh ahli perniagaan Cincinnati Carl Lindner, Jr., sehinggalah Chiquita Brands International keluar daripada kemuflisan Bab 11 prapakej pada 19 Mac 2002. Pada 2003, syarikat ini mengambil alih syarikat pengedar keluaran Jerman Atlanta AG. Salad Fresh Express dibeli daripada Performance Food Group pada 2005. Pada 10 Mac 2014, Chiquita Brands International Inc. dan Fyffes plc mengumumkan yang Lempaga Pengarah kedua-dua syarikat sebulat suara meluluskan persetujuan muktamad yang akan menyaksikan Chiquita bergabung dengan Fyffes, melalui urus niaga saham-bagi-saham. Dijangka pemegang saham Chiquita akan memiliki kira-kira 50.7% saham ChiquitaFyffes, dan pemegang saham Fyffes memiliki baki 49.3% ChiquitaFyffes, menurut asas kecairan penuh. Penggabungan ini akan mewujudkan penghasil pisang terbesar di dunia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Portillo, Ely (2011-11-30). "Chiquita relocating headquarters to Charlotte". The Charlotte Observer. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2012. Diperoleh pada 30 November 2012. 
  2. "Chiquita Brands International, Inc. And Fyffes Plc To Combine To Create Leading Global Produce Company". Chiquita Brands International, Inc. Diperoleh pada 10 Mac 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]